Aktiviti Cuti 4 Hari - Drama, Movie Layan Ajee..

10:01 PG

Assalammualaikum W.B.T


안녕하십니까 ?
Apa khabar?


Peh, best gile cuti empat hari. ikut hati aku ni nak je sambung sampai habis cuti aku hahaha. best betul duduk umah. laki kerja membongkang tengok korea. bagun time berak makan kencing mandi dan sebagainya. pastu sebelum laki balik sediakan makan untuk laki. makan sama-sama pastu membongkang balik. laki bini membongkang kejenya.. hahahha.

Aku ingatkan aku dah jadi suri rumah sepenuh masa rupanya cuma mimpi dalam mimpi. hari ni dah kene keje dengan leher tergeliat sebelah. sakit pulak leherku ini.. Kalau tanya apa aku buat cuti sampai 4 hari?? 2 hari aku dok habiskan cite The Moon Embracing The Sun (해를 품은 달- Haeluel Puneuk Dal) Personal Taste (개인의 취향 - Kaeineui Chwihyang). Pastu, aku layan Emergency Couple Ep 3&4 (응급남녀- Eunggeubnamnyeo). Tu belum lagi cite dekat TV haha. aih banyak lagilah. Kira cite baru cite lama semua aku baru bantai tengok. Yelah nak buat apa je. korang pon tengok tv juga kan.. hehehe.

Semalam pulak aku g aeon big kat alamanda sebab sayur mayur aku dah habis stok bawang semua takde. ceh tapi bawang semua buruk-buruk. tapi aku belilah juga. diam tak diam semalam habis RM100 untuk beli barang yang tak penuh 2 beg plastik pon. Teruk betul kos hidup sekarang. Laki aku la aku dah cakap dah jangan beli Ali Cafe.. jangan beli Rebina. Aku pesan dah beli barang RM5 kebawah je. Time-time ni shampo habislah.. beli krim muka sebab muka banyak parut jerawatlah. aduhai. Aku sekarang memang kedekut belanja habis jimat sebab sekarang gaji laki aku masih kene tolak RM350 sebulan gara-gara kemalangan haritu. Banyak tu RM350. Bulan depan last dia tolak. Harap lepas ni leh kembali asallah..

Ok lepas beli sayur tu laki aku ajak layan movie. memula nak tengok ROBOCOP tapi lain jadinya. Dia nak tengok The Monkey King pulak. Aku layan je sebab aku suka cite cina-cina ni.. hehehe



Ala sempena Tahun Baru Cina keluarlah cite macam ni. Aku ni semua cite aku layan walaupun agak keugamaan mereka sikit. Tapi kita masuk kanan kuar kirilah yang aku pentingkan jalan cite je. Lagipun sesebelum ni memang aku layan cite Journey To The West tahun 1996 dia jadi Sun Wukong. ada dekat NTV7 masa memula NTV7 wujud dulu kalau tak silap aku. 



Journey to the West (1996 TV series)


Masa tu aku tengok sebab aku minat dekat Dicky Cheung. Hahaha. Walaupun cite tu agak keugamaankan tapi aku tengok sebab ada banyak aksi lawanlah.. ada banyak lagi cite Dicky Cheung aku layan. Pastu baru-baru ni pon aku ada tengok movie Journey To The West. So bile tengok cite The Monkey King tu aku rasa macam tak tak kisah. Dah faham dah cite dia. Tengok pon sebab ada pelakon best-best macam Donnie Yen, Aaron Kwok, Chow Yun Fat. Aih banyak juga pelakon cina aku minat. Aku ni jenis layan je semua cite tamil ke hindi ke korea ke.. bangla je lom menarik hati muahahha.



Donnie Yen - Sun Wukong
Pendek je aku tengok Donnie Yen ni dalam cite ni



Chow Yun Fat - Maharaja Jed
Lawa baju dia. 



Aaron Kwok - Bull Demon King
Walaupun engkau menjadi setan... engkau tetap hensem hahaa


Ha sambung balik, cite The Monkey King ni agak perlahan. Pelakon best-best semua tapi dua kali juga aku hampir melelapkan mata. Aksi ada tapi kurang. Penggunaan CGI yang boleh kata banyak. Tapi aku suka custom dia dalam cite ni. baju pon mantik-mantik.. Tapi aku sebenarnya mengharapkan lebih..Hehehe. Kos yang besar untuk cite ni berbaloilah diaorang dapat US$20.2 million gile ah! Tapi bagus diaorang ni belakon kat layar terbang-terbang tak kaku langsung hehehe. Kalau malaysia? tak habis-habis cite cinta leleh, cite hantu ..boring...aku mang menyokong filem-filem malaysia ni tapi selalu hampa.. bukan aku tak layan tapi tak semua.. Ada cite best tapi ending macam hampeh. Aku selalu terkena. Sabojela. Cite kadang-kadang boleh buat drama je. Eh Drama melayu kat tv tu lagi bestlah...

ok sebelum aku kene maki baik aku habiskan entry aku ni. aku geram betul laki aku curi timun aku.. aishhh dah kene beli timun tengahari ni. 


zucchini ohhh zucchini 
kenapalah laki aku suka makan kau macam tu je
lepastu dia habiskan terus! huwaaaaaaaaaa!!



또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!!





You Might Also Like

4 Komen