Overdose Korea Drama. Argh!

9:48 PG

Assalammualaikum W.B.T

안녕하십니까 ?
Apa khabar?


Sejak dua menjak ni kerja aku asik layan drama korea je. aduhai.. ni semua sebab aku boring sangatlah ni. Dulu aku tengok juga korea ni tapi tak selalu. Jarang-jarang boleh kata seminggu sekali aku tengoklah 1cerita. Sekarang ni makin melampau pulak hahaha.. Aigoo

Boring punya pasallah ni laki aku lak balik keje lambat sampai pukul 12 kadang-kadang. Balik keje tu aku layanlah apa-apa movie dekat laptop kang sambung pukul 6.20petang dekat channel ONE. tapi biasanya pukul 6.20 tu aku memasak tu yang aku cover tengok kat laptop. Pastu aku sambung tengok pukul 7.40.. yang magrib punya cite ni aku tengok je kat tv sebab episod dia panjang.. Kang sambung pulak tengok kul 8.20 pulak. sampai pukul 9.40. Lepastu aku layan cerita kat laptop. Teruk betul perangai aku hahaha.

Laki aku pulak dah balik lambat tidurnya lambat. AKu ni memang jenis tak leh tidur kalau dia tak de sebelah udahnye nak menunggu dia nak tidur tu aku layan lagi apa-apa drama korea kat laptop sampai la dia kata nak tidur. tu yang hari-hari tidur sampai pukul 1-2pagi tu. Tapi aku laki bini memang susah nak tidur cepat sejak duduk dekat putrajaya ni. Memang hari-hari mata ni mengantuk je pergi kerja. Kadang-kadang terlajak pon ada. Agaknye aku tak kerasan dengan umah tu. Malam pulak panas je. memang rimas.. (eh! lari topik lak)

So semalam aku habis dah tengok cite Lie To Me {내게 거짓말을 해봐} (aku cover cite pukul 6.20 petang kat one tu) so aku tanya laki aku nak tengok cite apa? haha dia boleh suruh aku cuti tengok korea sebulan. Nampaknya aku kene rentikan gejala korea aku ni hahaha.



Aku tengok Lie To Me ni sebab ada Kang Ji Hwan dengan Eun Hye ni lah.. Aku start minat dengan Ji Hwan masa tengok cite Incarnation Of Money. Dalam cite ni aku tak bape suka dia dok pakai sut ada bunga sekuntum. hahah. tapi cite ni oklah i like la.. Aku suka tengok cite-cite couple terbercinta macam ni.. muahahaa. Cuma cite ni dah lama aku je ketinggalan 2 tahun. Hahaha. si Eun Hye pulak aku suka dia sejak aku tengok Married Him If Your Dare. ( Mirae Choise ; 미래의 선택) takdelah lawa sangat minah ni tapi serabut dia tu buat aku minat ke sebab dia bergosip dengan Sparta? hahaha



kenapa dia senyum macam arnab???
sebijik laki aku -perasan!!


Kesimpulannya.. aku harap lepas ni aku tak overdose korea ag. mungkin aku akan layan korea pada waktu cuti je. hahah MUNGKINLAH.. hahahha. 

p/s: aku dah lancar juga dok menguris tulisan hangul cuma nak taip kat komputer payah sikit sebab kat keyboard ni takde hanggulnyeee. malas nak pakai onscreen keyboard tu. payahhhhh..


hari-hari aku buat latihan.. nanti dah pandai aku belajar bahasa dia pulak ye.. hehehehe.. sapa nak jadi cikgu FREE aku. sila-sila hahaha


또만납시다 !!!



You Might Also Like

2 Komen