Kursus oooo Kursus!!

4:37 PTG

Assalammualaikum W.B.T

안녕하십니까 ?
Apa khabar?

Boring betul aku hari ni. Tak de buat apa-apa kat opis ni. Tenet opis ni pulak semua benda dia nak block. Nak layan City Hunter (aku baru tengok sampai episod 19..Sorrylah aku bukan layan korea sangat :P) asik tak boleh je. Asik keluar iklan pastu dengar suara. Gambar entah kemana. Sabarjelah..

So hari ni aku gigih buka A-PEL (Kursus online). Dekat opis aku ni manalah ada sangat kursus-kursus yang maha best sampai duduk dekat HOTEL bagai tu. Dulu masa duduk kat Audit, seronok sampai ke ganu diaorang buat kursus kadang-kadang ada rezeki dapat g langkawi. Ceh..rindu betul. Kat sini cuma ada Sesi Perkongsian Ilmu je.. tak pon kursus bahasa english pon boring.. Cuba buat kursus memasak ke.. menyanyi ke menari ke.. aigoooooooooo..

Hari ni dapatlah aku mencukupkan 1 hari berkursus guna A-PEL ni. gigih aku buka sampai 6 jam (dikira 1 hari berkursus) dengan harapan tidaklah namaku disebut-sebut dalam mesyuarat kakitangan nanti. Aku tak rela nama aku disebut lalu menjadi terkenal huhu.. 



Aku berharap satu hari nanti wujudlah kursus-kursus yang best-best dan dihantarlah kami ke berkursus dihotel-hotel dapat makan free.. Tak nak buat kat hotel takpelah.. buat lah kursus menjait manik! argh!!! nampak sangat aku boring. Sekian.. aku nak ready nak balik umah.. bye-bye

또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!!


You Might Also Like

2 Komen