Mimpi Rumah Lama

12:10 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Dua-tiga hari aku didatangi mimpi yang sama.. Udahnya mimpi tu mesti habis bila azan subuh berkumandang. Terus aku terbangun. Aku mimpikan rumah lama aku yang dah pun tak ada. Dalam mimpi tu segala ruang dan sudut rumah tu ada.. 

Lepas aku sedar dari mimpi tu mesti aku sedih. Aku sedih sebab rumah yang aku mimpi tu rumah aku duduk dari kecik. Dibuat oleh kudrat bapak aku.. menggunakan segala jenis bahan yang termampu. Tapak rumah tu milik arwah atok aku. Atas beberapa sebab kami terpaksa berpindah dari tapak rumah tu. Nak salahkan sapa pun tak tahu. Allah maha mengetahui. Sama ada silap perasaan emosional keluarga aku atau hasrat dengki orang semua tu Tuhan sajalah yang tahu.

Aku suka rumah lama aku tu sebab besar. Sebelum rumah tu dirobohkan, ada 4 buah bilik dalam umah tu, dua ruang tamu dan dua dapur.. Bestnya bilik aku ialah ada dua pintu. Hahaha. Aku mintak bapak aku buatkan pintu satu lagi untuk aku sebab pintu yang ori menghala ke ruang tamu depan. ruang tamu depan tu jarang ada orang duduk kecuali kalau raya je orang datang lepak situ ataupun tempat bapak aku sembahyang. So bapak aku buatkan satu lagi pintu yang bersebelahan dengan pintu bilik mak dan bapak aku. Syokkan.. Senang nak lari-lari kalau tetamu datang ataupun kalau kene kejor dek orang hehehe.

Aku ada google dia kata kalau mimpi rumah lama atau rumah pusaka maknanya diganggu saka. aishh naik pulak bulu roma aku ni  ha.. Fikir positif jelah mungkin tarikh ulangtahun kematian bapak aku dah nak dekat sebab tu mimpi semua seputar mengenai arwah bapak aku. Semoga Aman disana untuk arwah bapak aku. Tahun ni dah 6 tahun dia meninggalkan kami semua. Al-Fatihah.


You Might Also Like

3 Komen