Masalah Hormon Atau Dalaman Tak Elok?

3:42 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Rajin betul aku dok menaip entri blog sekarang ni. Sebenarnya aku boring. Sejak facebook dan lain-lain dah kene block kat opis ni (menyampah pulak la hai..), aku pun rajinlah nak menaip ni. Aku bukan main facebook sangat cuma aku suka tengok-tengok Runningman punya facebook je hahaha. 

Macam ni, tadi aku pergi potong rambut. semalam aku dah pujuk laki aku potong rambut. dia tak bagi potong paras atas bahu.. tapi aku ni berangan betul nak rambut bini beckham walaupun rambut ni dah tak trend. Aku ingat lagi rambut ni memang trend masa aku kat politeknik tapi sebab masa tu aku dok couple dengan mat tiarap tu hampeh dia tak bagi aku potong rambut. Peh kenapalah aku ikut cakap dia sangat (hahaha).




Sambung balik.. laki aku tak bagi kan tapi sebab aku dah pujuk dia akhirnya bagi. so pergilah kami laki bini ke kedai rambut kat dengkil tu.. Aku memang selalu juga pergi situ plus aku nak cuci rambut aku sekali. So masa cuci rambut tu, cina kedai tu dok membebel pasal aku punya tengkok. Masalah tengkok aku ni memang sedang memeningkan kepala aku. Sejak aku gemuk ni, memang naik itam-itam dekat tengkok. Penat aku dok gosok sampai mengelupas kulit aku dibuatnya. Hitam tu bukan hitam macam biasa korang tengok kat orang gemuk tu tapi macam daging aku tu dok pecah kerana selulit. Ha macam selulit tu sebijik lepas tu terus jadi itam.. Buruk beno rupanya. Sebab tu aku jarang nak buka tudung depan kawan-kawan dekat opis. Memang tak pernah buka. Sorry e kawan-kawan.. Aku ada sebab tak semayang sama korang.. buka tudung ilek2 lepak2 sama2.. keyakinan tak de untuk semua tu. hehehe.

Sebab cina tu dok cuci sampai ke tengkok bebellah dia. Dia cakap dalaman aku dah tak elok. Aku ada masalah hormon. Katanya.. dia picit urut memang sedap sampai keluar angin pastu dia tegur aku ni banyak angin. Ha memang aku ni banyak angin sejak gemuk ni. Semua masalah ni datang lepas aku gemuk. 

Lepas tu cina tu cadangkan kat aku untuk ambik produk yang dia jual. USANA. RM180 ada 50 biji. oleh sebab haritu aku punye shaklee suppliment pon tak habis lagi malaslah nak beli lagipun duit tak mencukupi ni kene jimat...



Malu pulak aku pergi kedai tu kene promote dengan cina tu nampak sangat aku ni tak okey sebab cara dia cakap sampai geleng-geleng kepala tu buat aku malu. Siap tanya aku ada anak berapa. Aduhai.. Kenelah aku dok cari cara untuk mengatasi masalah ini disamping kene kuruskan badan. Susah jadi gemuk. tapi kalau takde orang gemuk, takdelah wujud syarikat yang kaya-raya kerana membuat ubat untuk kurus. Kene bersyukur dekat situ. Orang yang jual ubat kurus punyalah kutuk orang gemuk suruh ambik produk diorang. Dasar tak sedar diri..kalau orang gemuk tak beli.. korang miskin tahu?? tak bersyukur. dah kutuk-kutuk suruh orang beli pulak. (emo pulak aku ni)

Kesimpulan yang dapat dibuat dari cerita ni, dapatlah aku merasa berambut POSH VOGUE.. walaupun tak vogue mana hahaha. dan laki aku tibe-tibe buat rambut punk hari ni. pening aku tengok rambut dia nasib dia hensem macam bangla.. esok-esok aku letak gambar bangla tu kat blog ye.. sekian.

You Might Also Like

0 Komen