Penyakit Tak Boleh Tidur

10:54 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sejak duk putrajaya balik semula ni..jarang dapat tidur dengan lena tak macam masa duduk dekat johor dulu. Rindunya kenangan dok mentido tak sedar diri dengan budak sidah. Kadang-kadang tertanya-tanya juga apesallah aku ni payah bebeno nak tidur. Laki bini susah nak tidur.

Laki aku biasanya akan tidur pukul 12 aku pulak antara pukul 1-2. Kadang-kadang aku duk berpusing-pusing betapa susah nak melelapkan mata. Siang pulak aku jarang dapat tidur sebab aku bukan jenis tidur siang tapi kalau balik kampung.. waktu siang palinglah best aku mentido sampai tak sedar laki aku dok kacau aku tidur.

Aku rasa antara sebab-sebab aku tak boleh tidur mungkin sebab aku kepanasan sebab bilik aku tu agak panas kalau waktu malam. Kene buka tingkap dan extra kipas tapi kipas extra aku dah hangkut bawa balik kampung. Itu bermakna laki aku kene belikan aku ekon baru..



Keduanya, handphone dan internet. Betullah dua benda ini sangat mengganggu dan perlu diletakkan jauh-jauh bagi menjamin tidur yang tidak terganggu. hahaha. malam kang aku siap-siap matikan tenet pukul 10. AKU JANJI!!!


p/s : saya harap suami saya belikan saya handphone baru seperti gambar tertera. amin.

Ketiganya, oleh sebab dah bertahun alami penyakit susah nak tidur ni dah jadi satu kebiasaan dan kebiasaan tu perlu diubah hahahaha.. penyakit lambat tidur akan menjamin lambat bangun juga. satu masalah untuk mengejar jam punch card hari-hari. Aku harap laki aku belikan aku 1 jam punch card yang sama dekat rumah. huhu 

Keempatnya.. dan mungkin terakhirnya.. terlalu banyak berfikir. orang cakap dah alang-alang tak leh tidur tu apakata g buat ibadat ke.. bukannya buka tenet ushar instagram artis atau tengok running man.



Kesimpulan yang dapat dibuat, JOM TIDUR AWAL! hahaha..

p/s: aku rasa aku kene jogging petang-petang. balik umah masak pastu bile dah penat gileeee mesti aku tidur cepat. sekian hahaha

You Might Also Like

0 Komen