떡볶이 Ddekbokki : Akhirnya Dapat Juga

2:06 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Lama betul aku mengidam Ddekbokki akhirnya dapat juga buat. Mengidam macam orang mengandung tapi saya mengandungi lemak je. Hehe. Sebenarnya haritu ada pergi Midvelly makan bimbimbab tapi sebab ada jual Ddekbokki. Sebab asik teringat tu yang aku dok mengidam sampai sekarang.

So aku pun mencari resepi dekat tenet dan buat Ddekbokki tapi kene ada rice stick. Aku ada cari dekat jusco tapi tak ada jual pulak so aku google resepi nak buat rice stick tu dengan tengok video untuk buat rice stick tu. Senang rupanya..



Resepi Rice Stick
2 Cawan Tepung Beras
1/4 Cawan Tepung Pulut
Sedikit Garam
Sedikit Air 

Cara-caranya:
Campurkan 2 jenis tepung tadi letak sedikit garam dan gaulkan dengan air sehingga rata. Kemudian masukkan kedalam oven/microwave selama dua minit. Keluarkan, gaulkan rata dan masukkan lagi dalam oven/microwave selama dua minit lagi kemudian keluarkan. Tumbuk adunan tadi guna apa-apa seperti cawan sampai rata kemudian adunkan guna tangan pula. 

Letak minyak di tangan dan bentukkan macam kat atas tu kemudian rebus sampai rice stick tu timbul. Lepas tu keluarkan dan sapukan minyak di sekeliling rice stick. Boleh terus masak atau simpan dalam peti ais. Siap!



Kat atas ni gambar Ddekbokki yang aku buat. Pedas yang hamat. memang boleh makan isi je hahaha. dia punya kuah dapat makan sesudu dua hahaha. Ni aku bagi resepi dia :

떡볶이 Ddekbokki
Air
Seeweed
Ikan Bilis
Chili Paste (Aku tak gunakan korea punya tu, aku ambik serbuk cili babas dan gaul dengan gula)
Rice Stick
Garam/Perasa
Fish Cake
Daun Bawang
Carrot/sayuran

Cara-caranya:
Masukkan air dalam kuali/periuk letakkan sekeping seeweed dan beberapa ekor ikan bilis. Biarkan sampai seeweed tu lembik nak keluarkan atau biarkan ikut suka lepas tu tapi orang korea dia keluarkan dan ketepikan

Kemudian masukkan rice stick tadi.. masukkan juga chili paste dan gaulkan rata.  Masukkan sekali carrot/sayuran ikut suka rasa. Masukkan juga fish cake, daun bawang dan garam/perasa. Biarkan sehingga masak. Kalau rasa kuah dia tak manis boleh masukkan gula lebih sebab kuah dia kalau manis lagi syok. Kalau nak pekatkan kuah boleh letak tepung/tepung jagung yang digodak dengan air. Sikit je. kalau orang korea diorang ada air jagung yang dah siap tu.

Siap dan bolehlah dimakan panas-panas. Kalau tak tahan pedas jangan makan benda ni hahahah. I like pedas!!!!!!!!! Selamat Mencuba



You Might Also Like

5 Komen