Memancing Udang

10:38 PG

Assalammualaikum W.B.T

Tengok tajuk entri ni hahaa mengujakan tak? setelah lama tak g memancing akhirnya semalam aku g teman laki aku memancing udang. ke mengail udang? mana-mana lah. dulu time kecik-kecik aku rajin ikut abang aku memancing sampai demam-demam, tangkap katak buat umpan, memang bestlah.. Tapi sekarang dengan keadaan badan gemuk gedempol ni memang malas nak beraktiviti luar hahaha. tapi semalam sebab kawan laki aku dok beria ajak..kitaorang followlah lagi dia belanja sate kajang mana nak tolak. hahahhaa

kitaorang memancing kat shah alam. ada kolam situ.. sejam 1 pancing dia charge RM14. kitaorang layan 3 jam je. 


Aku ni tak pandai memancing pon. Tolong tengok je lebih. pastu ambik gambar.. hahaha


Time ni laki aku tengah pasang umpan. ada ke dia geli dengan umpan tu. cacing berbulu kata dia. aku lagilah geli sebab dah lama kot tak main tanah. kalau dulu bab cari cacing aku memang teror bila dah tua.. dah pandai mengeli pulak.


amacam?? macam aiskrim coklat bertopping cacing pon ada. geli mak jemah. umpan ni ada jual RM8 sebekas ni. bolehlah pakai sampai 3 jam hahaha

Memula mancing tu sonok sebab laki kau naikkan 2 ekor sekali naik. best tapi lepas tu ujan pulak. tapi rezeki kitaorang dapatlah 17 ekor selama 3 jam memancing tu. laki aku request goreng kunyit. tapi nanti-nantilah aku masak sekarang ni malas hahahahha..



Oleh sebab aku ni menggemuk takdelah gambar aku sangat. ada pun tak nak tempek sini. hahaa.. sekianlah cerita memancing untuk entri kali ini. aku nak sambung tengok 런닝맨


You Might Also Like

0 Komen