RM

9:58 PG

Asssalammualaikum W.B.T

Lama dah aku tak menaip kat blog aku ni. nak menaip apanya guna tenet opis ni langsung tak leh buka blog sendiri mentang-mentanglah aku ni guna .com. Lepas ni memang aku tak nak guna lagi .com ni sebab semua kawan mengadu tak leh buka sebab guna .com. Celaka betul tenet opis ni. Beautiful nara yang guna .com tu tak pulak ko sekat, blog2 macam aku ni terus tak leh buka!! Lepas habis aku punye domain ni aku malas nak renew. ready2 lah korang buang .com ganti .blogspot pulak lepas ni ye!!..

Sejak dua menjak ni aku gile running man tu pon sebab aku malas nak updated blog aku ni. tapi sejak akhir-akhir ni internet haram jadah jadi aku tengok dekat rumah jelah. sorrylah aku baru je nak tengok walaupon dah banyak episod. sekarang ni episod baru-baru dari 120-178 semua aku dah tengok.. aku tengah nak tengok dari mula episod 1-28 je dah. slow-slow nak tengok dari ep 29 hingga 119.  Boleh katakan sekarang ni satu hari aku mesti tengok paling busuk pon 2 episod running man ni.



p/s: aku nak sangat jumpa kwang so suruh laki aku beli tiket fan meet dia ni yang paling mahal tu laki aku kata tak payah. ajak dia tunggu kat klia pon tak moh! tapi aku marah kenapa mesti buat kat kenanga wholesale tu bukan best pon kuikui. takpelah giraffe.. kita jumpe dalam mimpi versi bangla jela hahaha.

sebab aku tengok running man sebab ada kwang so dan kim jong kook. sampai tidur malam termimpi-mimpi jumpa kwang so tapi kwang so dalam mimpi aku tu seiras laki aku pulak macam mat bangla hahaha. Lagi kim jong kook siap ku buat bunyi jam lonceng. laki aku kalau kejut aku mesti cakap "yang, kim jong kook suruh bangun tu" hampeh betul! tapi yang best mata terus buka sebab lagu dia tu kuat betul hahaha.

Sebenarnya haritu aku alami kemurungan. Bile aku layan cite korea asik banyak part sedih je buat aku menagis dan semakin murung. Aku tak tahu kenapa aku murung sikit-sikit rasa nak nagis rasa nak mati hahaha. lepastu aku banyak sangat masa terluang takde buat apa-apa (coi! patutnya masa terluang g kelas ngaji ke baca quran ke bersenam ke) pulak tu laki aku kerja hari-hari balik lewat, so aku tengoklah running man. memula tengok kat tv je tapi bila rasa best sampai ketawa terkencing-kencing terus folow dekat gooddrama.net pulak. Subtitle english yang aku tak berapa paham tu pon terus jadi faham sebab tak payah baca subtitle pun dah kelaka! hahahaha..

Laki aku pun sekarang gile korea juga tapi dia tak layan sangat running man tapi sesekali dia tengok juga. cerita paling dia minat kat tv sekarang ni cerita The Inheritors dan Your Lady. dia punye minat dekat cite The Inheritors tu sampai bahasakan diri KIM TAN dan panggil aku  Eun-sang. Melampau betul samakan aku yang macam gajah ni dengan Eun-sang. 




Tapi laki aku tak folow tengok kat pc. dia suka tengok dekat tv sebab ada subtitle bahasa melayu hahahaha. nasiblah laki bini memang tak pandai cakap omputeh.. 

p/s: laki aku tu sebenarnya suka aku tengok korea ni sebab aku tak kacau dia. hampeh punye laki.

You Might Also Like

1 Komen