Kenapa?

9:47 PG

Assalammualaikum WBT
Aku mulakan entri ini dengan gambar aku today.
aku tahu aku gemuk tapi cun!! hahahaha
 
Sebenarnya sekarang aku ada satu masalah.. Masaalah ini pernah melanda aku masa aku sekolah menengah dan sekarang datang balik. Aku tak tahu kenapa tapi aku terpaksa cari jalan untuk menghiburkan hati sebab aku tak nak fikir masalah itu.
Aku mengalami satu penyakit perasaan yang asik nak sedih...asik nak murung dan asik nak nagis tanpa sebab dan itu membuatkan aku banyak berfikir sampai rasa nak mati.
Kadang-kadang aku gembira tapi dalam masa seminit aku boleh murung tanpa korang sedari. Aku asyik rasa nak menyendiri tapi aku atasi perbuatan itu. Aku tak nak memulaukan diri aku tanpa sebab.
 
Ye tanpa sebab sebab aku sendiri tak berjaya mencari sebabnya.
 
Aku tak perlu ceritakan dekat suami aku kot sebab dia akan cakap aku ni "pengaruh korea je lebih" sebab aku memang seorang yang mudah mengambil apa yang ada dalam cerita dan masuk dalam perasaan aku. Sebab tu aku cepat menagis kalau tengok drama ke filem sedih ke tamil ke hindusan ke semua aku nages hahaha.
 
p/s : aku rasa benda ni normal dalam menjadi setiap manusia antara perasan atau tak.
 
 
 
 

You Might Also Like

0 Komen