Running Man Ep 185

10:37 PG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Apa khabar?


Putus nyawa aku tak tahu nak buat entri apa. oleh sebab semalam baru tengok Running Man ep 185 so aku cite pasal cite korea jelah. moga korang tak muak membacanya hahaha.. aku nak cite apa pon aku dah tak tahu dah.. nak cite kereta aku tak pandai kereta, nak cite anak aku tak de anak, nak cite isu semasa aku dah lama tak tengok berita. kalau gosip retis tu adalah aku baca sikit-sikit sebab opis aku ni semua benda dia block tapi tang gosip retis tu lepas pulak. setakat beautifulnara, oh bulan, oh artis, cari forum tu memang lepas takde hal termasuk allkpop. Peh aku sekarang dah pandai baca gosip kpop siot. nampak sangat aku boring. Bukan apa laki aku tu bila dia tengok cite kat tv sikit-sikit tanya aku pelakon tu sapa? umur berapa? nama apa? paling dia suka si Krystal Jung yang berlakon jadi bona dalam The Heirs. Suka betul dia dengan krystal tu. semua pelakon perempuan korea dia katanya krystal mentang-mentang depa tu nampak sama tapi lainn.. Orang lelaki yang cantik semua suka!



abg! ni krystal! krystal!!
lepas tu dia tanya aku, nape nama dia krystal!!
adoiiii pening aku layan laki aku!!!!


Semalam aku bantai tengok runningman episod 185.. macam nak gile aku menunggu si keluarkan ep 185 sebab rm ep ni diaorang buat parody My Love From The Star (별에서 온 그대) jadi You From The Running Star - Running Man. Best gile episod ni. ketawa terkencing-kencing aku dibuatnya.


Kalau korang follow cite My Love From The Star (별에서 온 그대) korang fahamlah apa aku cite ni ye kalau tak faham korang buat-buat faham jelah ye hehhe. Macam biasalah diorang ada 3 kali game.

Part 1 - Kene cari cucuk sanggul.. rupanya cucuk sanggul tu ada pada guest -  Kim Hyun Soo, lepastu kene bawa Kim Hyun Soo bawa naik tandu. Yang ni Jae Suk menang, dia dapat buku. Buku tu ada bagitahu hint.Yang lain-lain kalah sebab tanda nama diorang kene tanggal.

Part 2 - Diaorang ada game.. antaranya main tepuk-tepuk syiling dekat buku.. si sparta kene minum coke pon ada.. Si Ji Hyo menang dan dia dapat buku.

Part 3 (Final) - Jae Suk jadi Cheon Song-yi (Heroin MLFTS) setelah dipilih oleh Hyun Soo, Sparta jadi Jae-kyung oppa kene cari cincin dan tanggalkan tanda nama bagi nama yang ada kat cincin tu, yang lain-lain kene cari skrip MLFTS dan cari Cheon Song-yi (Jae Suk) untuk lakonkan babak-babak MLFTS. Kalau lonceng berbunyi time skrip siap dibaca, tu tandanya dia adalah Do Min Joon dan kene cari kunci untuk masuk UFO dan balik ke Running Star.. kire menang dan hadiahnya emas. 





Yang aku tak leh blah, dalam you come from the running star ni si haha jadi Do Min Joon watak utama dalam my love from the star. Dia dah diberitahu awal-awal tapi semua member tak tahu. Ada kuasa tapi kalah kat tangan Sparta. 


beria nak jadi haha jun! hahahah siap ilang-ilang, memang celaka..

Si kwang so tu memang mendatangkan marah.. Belum apa-apa dah out..dia first out masa part 1 tu.. si sparta yang tanggalkan tanda nama dia. dia tade apa-apa watak yang memberangsangkan. Sibuk nak jadi do min joon sangat tapi kalah gitu je.. aishhh 


Sayangnya ep running man ni cuma parody je.. tak de pelakon-pelakon dari MLFTS.. kecuali si Kim Hyun Soo pelakon watak Cheon Song-yi masa kecik. 



Paling best park diorang kene lakonkan balik dialog dalam MLFTS tu. haha tak leh blah aku pasalnye si Yoo Jae Suk jadi Cheon Song-yi.. 


Siap ada kiss dengan si suk jin. Back hug dengan si ji hyo dengan haha. Laki aku kemain marah aku ketawa tengok RM ni.. sampai kene ketuk kepala aku 3-4 kali. hampeh betul. Dah nak buat macam mana RM ni memang kelaka hahaa.



Akhirnya si jae suk juga menang dapat emas.. Aku rasa antara ep baru RM, episod ni paling bestlah.. Kepada yang tak layan RM tu.. mehlah kita tengok. layan perasaan sikit. aku bukan apa, sebab boring.. dulu-dulu aku tak layan pon RM ni tapi dalam tempoh 1 bulan setengah habis dah semua episod RM aku tengok. Sekarang ni memang aku follow lah. aku biasa tengok dekat KShowNow atau dekat gooddrama sebab aku nak follow episode baru-baru. Dekat ONE astro tu ada tapi lambat sangat hahahha. 

또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!

You Might Also Like

6 Komen