Tak Tidur Malam

8:32 PG

Assalammualaikum W.B.T

Rindunya dengan budak nicky. sungguh-sungguh aku rindu. Dah 3 hari dia duduk dekat wad, kena wad gara-gara dia susah nak makan ubat. Suami cakap dari kita kene kejar dia satu umah suurh makan ubat dan dia luah ubat dengan air liur menjejes sampai kene mop satu umah, baik tinggalkan dia dalam perawatan doktor je. tapi tulah, bila nicky tak ada sekejab je, satu umah rasa hambar.

Menyesal pulak haritu dok marah nicky ceret sana sini. sedih pulak. sopsop.. kopi bila nicky tak ada, malam-malam ke siang-siang ke, pantang ingat terus meow-meow mencari. nicko pulak tak tidur-tidur cari nicky. Makanan dalam bekas tak terusik gara-gara nicky yang kuat makan tu takde. sedihnye..


Sedihnye.. rindu betul dekat nicky.. tak sabar nak tunggu panggilan dari misi rizal suruh ambil nicky semula. baru aku tahu, kalau takde nicky ni, umah memang tak bersepah, makanan tak sentuh, takde aktiviti lari-lari antara nicky nicko dan kopi..sopsop.

Malam tadi aku tak dapat tidur mengenangkan nicky. haha. asik tersasul panggil nicko tu nicky je.. alololo.. Aku harap pas ni, nicky dah tak ceret dah. nicky ni memang aktif tapi haritu dr zul cakap, dia ada demam juga. sebab stress, paling teruk, bulu dia habis gugur gara-gara stress. ala anak mama.. tambah sedih lagi.  

Jaga nicky memang selalu buat aku stress sebab selalu kene cebukkan dia berak, mandikan dia sebab bila dia ceret faham-fahamlah tahap kekotoran bontot dia. pastu bab tahi merata-rata dia kuarkan.. kene sentiasa bersihkan. lap mop lap mop. memang aku marah dia haritu.. tapi bila dia takde dekat aku, baru aku tahu, upanye aku sangat sayangkan dia. huwaaaaaaaaaaaa...


cepat sembuh ye nicky. nanti leh main dengan nicko semula.. main sampai beranak tau!! haha. pastu boleh mintak kat kakak kopi TEKTEK! hahaha.. rindu!!!


Sedap ke TEKTEK kakak kopi yang tak ada susu tu nicky?? hehe.. kakak kopi layan nicky macam anak sendiri, kucing pon tahu erti kasih sayang. kalau manusia p buang-buang anak aku tak tahu otak letak macam mana. EMO hahaha.

You Might Also Like

1 Komen