Cerita Random. Banyak Beeno Ceritanya

8:38 PG

Assalammualaikum W.B.T


Hari sabtu lepas aku balik kampung. Abang aku yang sorang tu bertunang. Tak sangka malu-malu dia tu tunang juga akhirnya. Tunang dia pon bosa-bosa macam dia juga. sesuai gitu. Lawa orangnya puteh melepak. Sebelum balik kampung haritu, aku sempat memberikan kekuatan baru untuk kereta aku yang asik meragam tu. Sebelum dia meragam aku nak jalan jauh ni, aku tukar tayar dan sport rim. Buat tinted hitam juga. Eh bukan aku yang buat, laki aku yang buat. Aku tukang pilih sport rim je tapi semua yang aku pilih semua kene tolak. ceh!!..


Tinted pon aku yang pilih. memula kene tolak juga. nasib baik laki aku bagi. aku pilih tinted 60% JPJ mana tak dia bising haha. lantaklah janji aku rasa redup je dalam kereta. dah lama aku bersabar dengan tinted sebelum ni. hoho. 

Masa buat tayar tu, banyak juga laki aku kene sebab ada aje yang rosaknye. Chamber pon senget benget (maafye aku tak tahu sangat pasal keta ni haha. cakap ikut apa aku faham), pastu ada la dekat tayar belakang tu yang kene tukar. aku nak sebut pon tak geti. hoho. aku geti bawak jeeeeee..

Balik je kampung, tayar baru terus jadi belacan. Bak kata laki aku Sibiru jadi Silumpur. hoho. Eh aku nak letak gambo abang aku tunang ni. cerita aku dah mula merepek meraban tak ikut step. lantaklah labu..


Maaflah ye, ramai beno nak ambik gambo, terus gego3 gambar yang aku ambik ni. ha tula tunang abang aku. Nama dia Eva Ervin. Pelik nama dia ni tapi sedap. Jeles aku.. nape mak aku tak bagi aku nama Hanna Montana ke, kan omputeh sikit haha


Aku dah kata tunang dia beso tapi tak dapat menandingi besar abg aku. haha abg aku ni memang tinggi dan besar. oklahtu sepadan. Diorang tunang ikat setahun idup. Lagi cepat lagi bagus tapi aku dengar mak aku kata nak buat bulan 9 tahun depan. Tak sangka abang aku super pemalu ni kawen juga akhirnya. Tahun depan umur dia dah 29 tahun. elok dah nak kawen tu. Abang aku ni kerjanya jual sate. Sapa-sapa duduk muar, mehlah rasa sate 30sen dekat depan Bestfull Parit Jawa. Dialah yang buat a-z. Pandai masak ni ualss. Bukan tu je, buat umah pon boleh. serbaboleh gitu.

Masa kat kampung, sempat juga pergi WetWorld Batu Pahat memandi mandakan diri. Sebelum pergi, sempat santap Kacang Poll dekat Medan Selera Batu Pahat berhadapan dengan Hospital swasta tu (dekat dengan jambatan). Sedaplah tapi macam biasa Kacang Poll Bomba JB paling terbaik.


Pakcik kedai tu tak bagi aku limau. hoho. Selamat aku bedal. Sebelum pergi ada gambo. Bila dah start mandi manda, dah tak ingat nak bergambo sampai muka hitam legam pon tak sedar hahaha.


 Balik dari putrajaya selasa malam rabu, aku cuti semalam. Laki aku lak sibuk duk nak kurungkan anak aku 3 ekor tu. Sedih rasa hati aku tengok depa kene kurung.



Laki aku dah pindahkan kandang yang besar tu ke tempat basuh baju dan setting jadi rupa gini kandangnye.. kesian bebudak tu. Dia cakap lepas aku mandikan baru leh kasi keluar. Huwaa.. sedih betul. 


Laki aku cakap jangan sedih-sedih. ceh! senanglah dia cakap. takpe balik kerja nanti aku nak mandikan bebudak 3 ekor ni. semalam bukan tak nak mandikan depa tapi penat. lagi 1 nak mandikan diorang bukan senang sebab semua berat-berat belaka. penat! semput! hahaha.

Sekianlah cerita randomku. aku pun dah pening taip cerita ni. bye-bye nak pergi makan.

You Might Also Like

4 Komen