Anak Bulus Yang Ceret dan kisahnya...

10:42 PG

Assalammualaikum W.B.T

Ramai pm aku tanya, awat tak updated blog. Hamboi..terasa macam blog retis pulak. Sebenarnya dua menjak ni aku sibuk berperang dengan HRMIS. yelah HRMIS sistem ngokngek tu. Time nak guna time tulah dia demam. Kalau aku nak makan HRMIS ni dah banyak dosa aku dah.. Ya Allah ampuni hambamu yang tiada kesabaran ni. Tapi setel alhamdulilah setelah bersengkang mata pukul 12 malam ok. Ni tengah tunggu bos aku siap nilai prestasi pegawai lepas tu aku kene berhadapan lagi dengan HRMIS ni. takde maknanya. aku key in je kat umah nanti karang.

Berbalik pasal cerita anak bulus aku. korang yang tak suka baca pasal kucing pergi main jauh-jauh!! i hate uuu!!! ha sambung balik, anak bulus aku tu sihat walhafiat.. badan masing-masing makin besar cuma kakak kopi je masih slim ualss. biasalah anak dara kenelah bergetah kang nanti takde yang nak (kesian dia ualls.. takde sapa yang nak.. haritu mengaring macam hape tak tidurkan orang, sekarang dah ok dah. entah sapa yang tepuk-tepuk buntut dia..tu pasal dia jadi garing tu)


Maaf mama, ter erk-erk merata! im sorry- nicky


 mama, sabarkan separuh dari iman. - nicko


ala omak!! kawenkan aku!! - kopi!


Nicko dan Nicky masing-masing makin kuat makan, makin aktif, makin kuat membuta tapi masalah dekat dua eko ni ialah berak ceret sampai terberak dekat mana je dia pergi dan tak sempat nak pergi dekat pasir. sudahnya dalam umah tu ada 3 bekas tempat tahi aku letak. Dulik apa orang nak kata geli ke kotor ke umah aku.. 

Kemudian, semalam aku bawa nicky pergi Vet sebab kesian dengan nicky tau. dia dah sampai tahap tak berak pun dia teran juga bagi berak. geram pulak. Vet bagi dia makan pil. apalagi. dia cakarnye doktor tu sampai luka kat tangan.. aku pun kene juga. Sabarjela..Agaknye pahit sampai berbuih mulut dia. Kesian. aku tak pernah nampak dia takut macam tu. sebelum ni memang dia tak suka makan ubat pun.. dia ludah je ubat tu..


macam nak try ubat ni.. tapi tak berani pulak

Semalam pun sama, doktor masukkan banyak kali pun, banyak kali dia ludah. bijak betul!!!.. Balik umah bagi dekat nicko pun sama juga. Dah laki aku kata "ayang makan ubat pun tak nak, lagikan kucing.. sama je mama dengan anak" ceh!!.. 

Semalam doktor ada cakap, kene bagi nicky nicko makan ID Diet.. Masalahnye uals.. ID Diet tu 1.5kg dekat RM60..Kejab aku telan airliur.. erk!! aku pulak tak gaji lagi.. Sopsop.sedih pulak. nak beli repex, tak ada jual.. Aku tanya dekat Tanya Sama Vet diaorang kata ada je jual 1 tin kecil RM7 tapi aku cari takde. nak g TSV, diaorang cuti rinikan..

Anak bulus aku tu kuat makan.. tapi berak pon sama kuat.. pening pale aku fikir.. Sedih dan kesian pun ada.. Ualss. aku tengah kumpul duit nak belikan kandang besar punye dekat anak bulus aku. Aku tahu, ramai tak selesa datang umah aku sebab umah aku banyak bulu dan kotor. sedihh! sopsop. tiap malam aku bersedih memikirkan situasi ini. Takpe nanti aku beli juga. Aku laki bini sebelum tidur akan berbual pasal kucing kita orang. Kita nak beli tempat berak dia yang senang nak flush tu cat it smart sift.. harga dia dalam RM159. 

Sabar smartsift. nanti aku beli kau!!!



rumah idaman meow-meowku!!

Laki aku ada cadangkan untuk aku letgo kucing-kucing aku sekarang (yang ni aku tambah sedih nak nages pon ada), tapi aku dah fikir, alang puteh mati aku nages 3 hari 3 malam, kalau aku tanpa nicko nicky dan kopi macam manalah!! jadi laki aku mintak aku berjanji nicko, nicky dan kopi adalah yang last. tak payah bela kucing lagi..(sedih lagi)

Sekarang aku dilanda stress.. stress. nak beli vakum, nak vakum sofa aku penuh bulu tu. kang kotor takde yang nak duduk kan.. oklah stress nak sambung nagis dalam bilik air. bye-bye



You Might Also Like

1 Komen