My Super Nicky

2:11 PTG

Assalammualaikum W.B.T



Ni la gambar nicky yang paling terbaru.. kau tengok dekat sofa aku yang dah berburas tu, itu kerja nicky. budak tu punyelah nakal seakrang. tapi manja pun bukan main. siap tampar-tampar kalau aku bantai tido tak nak melayan dia. Muka pon makin bambam tembam! berat badan dia naik dari 1.7 kg kepada 2.4 kg. alhamdulilah.. sihat juga budak ceret ni.

Berapa aku berhabis untuk nicky kembali pulih? mula-mula masa aku hantar dia pergi klinik kat putrajaya ni, kene rm10 je sebab dapat ubat pil. kemudian aku pergi ke klinik dr zul TSV kene ward, siap ubat.. kene dalam RM94 je. ok what. 3 hari tu masuk ward. dia pun dah beransur pulih. dah sihat dan kembali degil pon.. kalau rumah aku bersepah, salahkan nicky sebab dia pakar bab bersepahkan rumah.

Ada orang cakap tinggi kos untuk bela kucing. ye itu aku akui. aku spen RM150 Untuk makan dan pasir untuk 3 ekor budak bulus tak masuk untuk ubat kalau depa sakit. tapi alhamdulilah setakat hari ni, jarang mereka sakit kecuali nicky nilah yang kene beri perhatian sikit. bab minuman pon nikcy alah minum air mentah. so nak tak nak aku kene masakkan air dia.

sekarang aku suka sangat nicky dah ok. harap-harap anak-anak aku yang lain pun turut sehat walhafiat hendaknye. amin-amin


gambar terbaru nicky TEKTEK dengan kopi yang tak de susu tu :)

You Might Also Like

2 Komen