Rumah Baruku

8:55 PG

Assalammualaiku W.B.T

Dah lama aku jarang hapdate blog ni. Ni gara-gara aku membizikan diri dengan blog niaga jelah ni. Dan satu lagi gara-gara kesihatan tak mengizinkan kot. kejab helok kejab ko. hoho.. sabarjelah kau! Laki aku bila malam je demam, malam je demam. demam pulak sampai tak tidur-tidur. aku pulak dalam masa yang sama gastrik. lepas tu angin satu badan. bukan angin marah tapi angin erk erk sampai tak boleh tidur. tegang urat leher dibuatnya. Bila aku bagitahu laki aku yang aku ni sakit, dia kata aku menipu. ceh orang sakit macam nak mati lomor satu badan dengan minyak yue yie cap limau dikatanya menipu. hoho. sentap aku tau!.

Berkaitan tajuk rumah baruku tu.. bukan aku ni berpindah rumah pon. umah aku macam gitu jugalah. tongkang karam bersepah ya hamatlah kan.. aku nak cerita umah budak bulus tu ualss. aku dan laki aku telah membelikan mereka kandang untuk mereka bersuka ria sementara poket kami bersedu sedan haha. setelah fikir panjang, kami beli untuk kesejahteraan bersama gitu. punye besau dan mahal uals. tapi takpelah untuk kebaikan juga.. meh aku tunjuk umah baru mereka.


untung jadi kucing uals. ni lah dia.. besar tak besar.. of coz besar.. ni nicky tak ada. dia ceret beret tak nak makan ubat. hantar klinik TSV terus kene tahad wad. tapi bagu TSV ni, aku memang tabik spring. kalau pergi klinik kat putrajaya ni, nak bagi ubat pon doktornye takut-takut haiyaaaaaa.. hari jumaat baru nicky kuar wad. rindu dah. aku selalu marah-marah dia. baru aku tahu sedihnye bila dia tak ada. si kopi dok meow mencari. aku dah bergenang air mata sebab rindu.. suhu badan nicky pon naik. permakanan dia pon kene ubah kepada id diet buat sementara waktu. sedih pulak.. baru aku tahu banyaknye kos membela diorang ni haha. Korang nak tahu berapa kos aku peruntukkan untuk budak 3 ekor ni. Kosnya adalah RM100 untuk 6kg makanan sebulan dan RM40 untuk 20kg pasir berak dia sebulan. Itu tak termasuk kos kalau dia demam. kebiasaannye habis RM50 untuk perubatan sebab mereka ni tak rajin sakit cuma nicky jelah kene bagi perhatian lebih.

Bebudak ni dah dapat umah baru seronok ya hamat sampaikan tertidur dalam tu. kemudian tak nak keluar. hahaha. hapelah dia ni. Lepas tu aku belikan juga tempat berak canggih diaorang. tujuan aku beli tu untuk memudahkan aku dan menyelesakan semua orang. ternyata bagus Smartsift ni. sapa-sapa beli kucing silalah laburkan RM159 (Harga hanya di KUCING4SALE ye. kat tempat lain mahal ya hamat!)untuk kemudahkan korang juga. bangun pagi tak payah pakai sarung tangan, ambil tapis, tapis taik satu-satu masuk dalam pelastik. flush je! bau pon kurang korang!! aku memang suka lah dengan smartsift ni. laki aku pulak kemaruk nak flush je 24jam. alhamdulilah, dapat beli benda ni. suka sangat. walaupun sekali fikir rasa banyak pembaziran tapi aku fikir baik je. andai kata aku tak bela kucing lagi, benda ni boleh jual second uals, mesti ada pembeli punye.

Aku harap lepas ni rumah aku lebih teratur dengan adanya benda-benda ni. aku tengah fikir mana nak park sikandang besar ni. besar ya hamat uals.. laki aku seboleh2 nak letak dalam stor yang sempit tu. manalah muat. aku rasa nak kasi clear bilik baju. nak park kat situ je.. nantilah aku fikir.. hahahah 

You Might Also Like

0 Komen