My Galaxy Note 2

9:21 PG

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulilah, dah dekat 17 hari aku pakai Note 2. Orang duk pongpang iphone, iphone.. aku beli juga Note. Bukan apa, aku tak mampu pakai iphone. Haha mesti korang kata, ala note pon mahal, tapi bagi aku iphone tu lagi mahal. sikit-sikit nak kene bayo tu ini. tapi memang ada keinginan cuma aku tunggulah kalau iphone pon jadi pemurah macam samsung, bagi semua aplikasi free dan tidak terbatas .. Hoho.. Buat pengguna iphone jangan tampau aku laju-laju lak. aku serius tak mampu ni muahaha..

Semenjak note aku yang hitam legam dulu ilang. aku sedih tak berkesudahan. siang malam mimpi note sampai laki aku rasa nk tampar je muka aku (mungkin kot). Dan...tereng....


Eh Apasal gambar aku lagi besar dari benda yang sepatutnye aku cerita. Haha. Note kedua ni aku ambil kaler putih. aku tak mau teringat2 note lama. SUMPAH walaupun note 2 lebih best daripada note 1 tapi note 1 tetap terbaik bagi aku dari segi rekabentuk. Ni aku pandang 2-3 kali nak kompomkan betul ke yang aku pegang ni Note. nasib baik S3 duduk sebelah masa tu. kalau tak, kompom keliru.

Sebenarnya aku try in Ace Plus laki aku yang aku pakai dulu. Hp tu bermasalah. Bila main tenet je, mulalah orang call tak dengar. Nak taip msg pun yang ampun kecil amat!! aku tak mempunyai kesabaran yang kuat.

Aku harapa note aku yang kedua ni kekal abadi ke hujung usia bak laki aku lepas ni jangan nak beli-beli lagi. Untuk rekod, tahun ni aku dah beli 2 note! sekian terima kasih.

p/s: kalaulah aku tak cuai, mesti note aku tu masih digenggaman. (Sedih!!!)

You Might Also Like

5 Komen