Penang Aku Datang
3:38 PTG
Assalammualaikum W.B.T
Lama
dah tak menulis dekat blog ni. Ni gara-gara mood tidur lebih banyak
dari mood menaip. sejak akhir-akhir ni aku jadi mengantuk sangat.
Sekarang tak boleh tidur lewat. pukul 10 je dah kene lelap. kalau lewat
dari tu, alamatnye jangan cari aku dekat tempat aku sebab aku dekat
bilik semayang. pergi tidur sampai kul 10 baru aku bangun. Ya Allah
tuhan je tahu super mengantuknye mata aku ni. teruk betul. padahal dekat
rumah bukan mengemas umahpun.
Ha
ni aku nak cerita pasal aku akan ke penang pada bulan 1 ni. Sempena aku
bonus dan laki aku dapat PI.. apa tu PI aku pun tak geti nak cerita.
bila production mencapai sasaran, so diorang dapat P1. Macam bonus juga
tapi bukan bonus tahunan pon. Nak dapat P1 ni bukan senang. makan 2-3
tahun juga. sambung balik, memula aku nak pergi luar negara, oleh sebab
aku tahanan perang, baik aku lupakan je niat nak pergi luar negara tu.
dalam negara pun tak habis round
So
aku pun cliks-cliks air asia, en suami on, so aku pon on. lepas capai
kata sepakat, aku pilih untuk pergi penang sebab tiket dia murah hahaa.
Memula berangan nak pergi sabah sarawak tapi terkesima pulak bila
cliks-cliks kat air asia tu jumlahnye jadi RM690++ (PATUTLAH KENE SAMAN
AIR ASIA NI HAHAHA). So setelah berfikir panjang dan kira kos hotel
semua sekali, kami setuju untuk pergi penang je. Haritu dah pergi penang
cuma tak sempat nak berjalan pon. Pergi Batu Feringgi pun hari dah
malam.
Nak
balik terengganu tiket dia mahal juga,, dua kali ganda pergi penang, so
redhajelah. Langkawi tak nak pergi sebab dah rasa dah pergi langkawi.
kalau pergi pun nak naik feri je. lagi syiok!. So aku akan pergi 4
Januari pukul 7.10 pagi flight aku dan balik pada 7 Januari flight pukul
7.25 malam.
Total harga tiket aku adalah
RM246.00. Aku ambil extra 20kg untuk waktu balik. Pergitu kami laki bini
bawa beg dokong je. Sebenarnya ni kali pertama aku akan naik flight
sebab tu aku macam blur-blur dan banyak tak tahu dan xsited gile terus
updated kat blog ni. Lantaklah hahaha.
Aku pun tak tahu nak buat apa kat
penang sampai 4 haritu.. ala HONEYMOON kononnye. Setelah nak menginjak
angka 2 tahun berkahwin baru aku berkesempatan dari segi masa dan
kewangan. Bukan apa, sebelum ni bukan tak mampu tapi banyak sangat
aktiviti keluarga boleh kata setiap bulan ohoiiiiiiiiiiiii.
Dekat sana aku akan duduk Aroma
Hotel. Aroma Hotel ni dekat Butterworth. Jangan tanya kenapa aku ambil
hotel jauh-jauh. Alasan laki aku ialah nak bagi aku muntah hari-hari
naik feri. Ni dah macam satu penyeksaan pun hado. Orang lain honeymoon
punye best naik kereta sewa mahal-mahal, dia pulak nak ajak bini dia
naik pengangkutan awam. ohoiiii. (saja nak suruh aku kurus)
Aroma hotel ni satu malam RM128
semalam. So kami duduk 3 malam dah jadi RM384 (boleh bayar duit kuarters
sebulan huwaaa). Hotel ni aku ambil Deluxe King punye. Harap-harap
selesalah hendaknye. takut juga aku tempah-tempah lepastu tak selesa.
bayo dah mahal ni. Dah la aku sekarang kedekut tahap gaban. Semua
perbelanjaan aku tulis dekat buku dah sekarang takut over bajet haha.
Oleh sebab pergi time tu laki aku
dah gaji (hoyeh!!!) so perbelanjaan/hotel semua bagi dia. aku dah bayo
tiket kapal terbang dah oklah kan. haha. aku jenis tak kisah je. tak de
nak harapkan laki aku bayar semua kecuali dia kata dia mampu. Kan tujuan
adanya isteri adalah menyenangkan suami. tak gitu hehehe.
Hotel tu tak bagi sarapan (kedekut
betul) so harap-harap senanglah kitaorang nak cari makan. laki aku tu
senang je, aku yang cerewet aku yang risau ni.Lagi satu, aku nak pergi
mana kat penang tu aku tak fikir lagi. Cuma fikir nak tulis nama atas
batu je hahaha. Harap-harap percutian kitaorang ni best.Amin.
7 Komen