My Demok Dah 5kg:)

3:43 PTG

Assalammualaikum W.B.T


Diam tak diam dah 6 bulan aku membela si nicko dan nicky. Sejak putih mati, en suami belikan nicko dan nicky. aku ada buat entri welcome untuk Nicko dan Nicky chalow. Masa tu dua-dua comel sangat. Ni gambar first aku dapat dari tuan lama mereka. 


Aku terpikat betul dengan kaki stokin budak nicko tu comel sangat. suami pulak minat dengan muka celoreng nicky sampai dia bagi nama CHALOW kat belakang nama budak nicky ni. CELORENG maksudnya




Ni pulak nicky tapi gambar nicky aku ambik lama sikit sebab masa ni nicky tak nak dipegang (sampai sekarang pun dia tak nak haha)



Untuk tempoh 6 bulan aku membela mereka ni memang hadapi sedikit kesukaran dari segi makanan dia. Masa tu tuan lama dia bagi makan Whiskies untuk mereka. susah nak dapat stok sebab asik abis je yang kitten tu, pulak tu mereka kuat makan. Nicko tak ada masalah sangat tapi nicky pulak asik sakit je. Dia kene penyakit cirit-birit. Makan kuat tapi membuang pun kuat. dia sampai tahap berak tak rasa, tahu-tahu dah berak. kesian aku tengok. Nasib baik hantar ke TSV terus baik. Mereka pun ada masalah dari segi hama/kutu. Memang sampai sekarang masih ada walaupun dah letak ubat. memang kene selalu letak ubat kutu bagi kutu semua mati hahaa. Sekarang berat nicky dah menginjak ke 3kg (alhamdulilah) juga nicko semalam aku timbang dah 5.1 kg. sangat berat ualss..


nak jilat perut pun susah


selalu terlentang sebab mengah


nicko dan nicky :)
tunggu masa nak jadi nenek ni.. tak bila mereka nak ehem2. 


cuma masalah aku sekarang:


sapalah nak kawen dengan kakak kopi ni hahhaaha :)



kami keluarga bahagia :)


You Might Also Like

1 Komen