Losyen Sejuta Khasiat ANUGERAH

4:48 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni aku cuti sebab senggugut aku tahap kritikal. Ialah aku lewat period 22 hari.. nak keluar pon makan ubat turun darah.. dia punya keluar malu2 tapi hari ni dah tak malu dah.. punye sakit.. hari ni aku bertemankan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah warna hijau ni (dia banyak warna ye, hijau untuk menghindar ganguan sihir)



nasib baik ada losyen ni, dapat sapu-sapu dekat perut. semalam guna pati halia tapi pati halia tu pedih sangat.. losyen anugerah ni sedap.. bau apple, bila pakai dia ikut keadaan kita macam mana (bila aku pakailah).. bila sakit tu kurang panasnya kurang tapi bila aku tengah sakit bebeno, dia pon jadi panas-panas. jangan berangan nak pakai banyak-banyak ye sebab dia memang bau wangi. memula pakai tak panas sekali dah lama, kadang-kadang 1 jam pakai baru rasa panas ualsss... 


Sebenarnya losyen ni banyak kebaikkan dia.. tapi aku main taram je pakai untuk sakit senggugut ni dengan usaha dan harapan mana tahu boleh kurangkan rasa sakit kan. sini aku tempek info pasal losyen ni mana tahu korang berminat nak pakai.




Losyen Sejuta Khasiat Anugerah bukan sekadar losyen biasa untuk kecantikan dan kesihatan tetapi ia mengandungi empat kombinasi penting yang memberi kesan terbaik kepada anda:

1.Dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa pilihan untuk merawat, melindung dan mencapai hajat dengan izin Allah Taala.3.Haruman Apple Garden yang segar dan sesuai digunakan setiap masa.
2.Khasiat 7 herba traditional yang terbukti berkesan untuk mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan kesakitan.4.Tekstur losyen yang lembut, halus , tidak melekit menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit anda dan mempercepatkan proses pemulihan.

Kandungan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

• Ekstrak lengkuas• Ekstrak serai
• Ekstrak limau purut• Ekstrak minyak kayu putih
• Ekstrak halia• Ekstrak daun bidara
• Ekstrak avokado• Menthol
• Methyl salicate• Carbomer
• Minyak wangi• Air

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.
Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini:

• Ayat-ayat Ruqyah• Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah• Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah• Pendinding al-Muawwizat
• Saiyidul istighfar (penghulu taubat)• Ayat Kursi
• Ayat pembatal sihir dan pukau• Ayat penawar sihir dan pukau
• Doa penghindar gangguan syaitan• Doa penghindar hasutan syaitan
• Doa bakar jin dan syaitan• Ayat penawar seribu guna
• Ayat pendamaian• Ayat pelembut hati
• Doa pengasih• Doa seri wajah
• Doa pelaris perniagaan• Doa penyejuk
• Doa atasi gangguan tidur• Doa atasi cemburu dan hasad dengki
• Doa pendinding• Doa terang hati
• Salam sulaiman• Solat hajat

Kaedah penggunaan
 Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah tidak dilangkah.


Rupanya losyen ni bagus, sangat-sangat bagus untuk hilangkan buncit. hahaha. daripada korang guna Felinna Inchloss yang mahal tu baik guna losyen Anugerah ni. Mana nak dapatkan?? korang boleh dapatkan dekat kedai-kedai produk kecantikkan ye.Atau boleh tengok senarai STOKIS ANUGERAH DISINI

Aku buat review ni tak dapat duit pon tapi aku suka untuk berkongsi dengan korang, mana tahu ada kebaikkannya untuk korang..

Eh ada berita baik dimana aku dapat KUPON untuk shopping dan akan aku agih-agihkan kepada pembaca setia blog aku yang comel ni... Bukan kupon kedai online aku. Nak tahu?? terengg.. tunggu next entry ye.. thanks :)

You Might Also Like

2 Komen