Manusia Atau??

10:49 PG

Assalammualaikum W.B.T


Ada situasi mendebarkan berlaku pada aku dan suami semalam. siap pos dalam facebook haha


Cerita dia macam ni, masa aku balik dari KL, sampai kawasan parking umah aku tu, ada guard tahan aku. perempuan. tak penah nampak pulak sebelum ni. so aku macam pelik sapa dia ni. aku blah je terus menghala kereta abang aku sebab aku kene ambik kereta dia hantar ke stesen bus sebab dia akan balik dari terengganu naik bus dan turun stesen putrajaya pagi-pagi terus ambik kereta kat parking dan pergi kerja. pastu aku tinggalkan laki aku terus aku keluar dan park kat luar sementara tunggu dia keluar.

Tibe-tibe laki kau call dengan suara cemas cakap ada perempuan masuk dalam kereta abang aku. dalam kepala aku fikir, apa?? kereta kene curi. hahaha. aku pun pergi patah balik ala-ala gangster, tengok laki aku dah lari jauh-jauh. dia cakap dah suruh perempuan tu keluar tapi tak nak juga. dia kata takut nak marah sebab dia lelaki takut kalau disalah faham dah jadi lain kes.

aku dengan gaya ganster terus marah minah tu. minah guard tadi, muka stress ya hamat. muka pon ada gaya macam kene rogol/tak berapa sihat/ dirasuk.. aku takut tapi aku lagi takut kalau keta abang aku ni kene songlap. dah la aku dipertanggungjawabkan menjaga kereta ni mau tak takut.

aku marah perempuan tu suruh keluar...dia angguk.. tapi diam. aku marah lagi dia angguk. pastu dah geram aku buka pintu. baru dia keluar. lepas dah keluar aku tutup pintu.. dia blah menghala kereta aku. aku pun lock pintu sebab aku dapat agak dia akan masuk kereta aku!. betul! dia nak buka pintu kereta aku sebelah drive.. aku marah dia cakap suruh balik. dia blah pastu patah balik nak naik kereta aku. tapi dia tak cakap apa-apa. hai seram pulak!

aku marah lagi. baru dia blah. dah ramai tengok aku marah. malu. aku pesan dekat laki aku terus lock pintu sebab dia cakap waktu nak hidupkan kereta, 3 kali start tak boleh. dia nampak pamplet dekat cermin nak ambil dan buang. sekali tu dia dengar bunyi pintu kereta ditutup. dia gosok-gosok mata takut salah kereta siap tengok flat number lagi. haha.

malamnya aku takleh tidur sebab laki aku cakap "cuba ayang fikir mana perempuan tu?? entah-entah dia kat luar pintu rumah" celaka! terus aku tak leh tidur 1 malam. huwaaaaaaaaa.

lepas aku blah dari kawasan parking umah aku untuk hantar kereta abang aku, aku nampak perempuan tu kat bustop tengah main hp.. amboi! kalau hantu dia takde hp kan. sedapkan hati! huwaaaaa. kalau dia manusia yang bermasalah.. aku harap dia tak menakutkan orang lagi dengan cara dia tu. harap-harap dikembali ke tempat asalnye. amin! haha

You Might Also Like

6 Komen