Mandikan Anak Bulus!

4:16 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Sabtu ni en suami kerja. dia kerja pastu petang main badminton. Boring tengok dia dok libas-libas reket dia. main tak ajak. dia kata untuk orang lelaki je. tak pernah dia bawa aku pergi tengok dia bersukan.

Aku kat rumah bila dia dah pergi kerja, haram dapat tidurnye.. Susah betul nak lelap. huhu.. Jadi alang-alang budak 2 ekor (Nicky & Nicko) dah busuk.. Aku dok mandikan dia. Kakak kopi tak nak mandi sebab dia baru lepas kawen. Asik nak tidur je dia tu..

Nicky dan Nicko mandi dengan air suam. Ngade-ngade budak tu.. susah nak mandinya.. Mandikan nicko paling letih sebab dia gemuk.



Sebenarnya aku dah lama nak mandikan bebudak ni tapi shampoo dia habis pulak. Aku ni memilih beli shampoo dia. Kalau baunye aku tak suka memang aku tak beli hahhaa.



Habis lencun budak 2 ekor ni. satu yang susahnye kena lap dengan tuala. Nak guna pengering rambut memang tak lah sebab budak 2 ekor ni penakut sangat..



Lepas dah lap aku biarlah mereka dok mana pun.. selalunye mereka dah jilat bulu, terus tidur. hahaha 3 hari kompom membuta je kerjanya


Melampau betul tidur atas tangan aku. lenguh la gemuk!


Tengah aku dok bungkus parcel customer, sibuk juga dia menyelit! terus bamm! hampess!
nicky macam biasalah membuta buat hal sendiri
dia tak suka berkepit macam nicko


Kakak kopi pun tidur.. kat bawah ni gambar time dia gatal haritu hahahaha.
habislah lepas ni aku bercucu! cucu KUCING!!!



 hye! saya dah wangieeee!!!





Berita baik untuk pembaca blog pupeliyana.com!! 
Nak beli tudung lawa-lawa??Nak jimat??? nak lagi murahh??
Segera ke Tudung2U sekarang dan buat pesanan anda
Jangan lupa masukkan kod baucer dibawah untuk mendapatkan potongan sebanyak 15%!!

PPL2013

(Baucer sah sehingga 31 Mac 2013)


You Might Also Like

0 Komen