Online Shop - Pengalaman Aku

6:34 PTG

Assalammualaikum W.B.T


Entri kali ni aku nak cerita pasal bisnes online shop yang aku usahakan. Seronok je nampak orang jual online kan?? seronok tak?? seronok.  Aku memang suka menjual ni. dari kecik lagi, sejak darjah 3 aku dah meniaga kat sekolah. Aku niaga aiskrim yang aku buat sendiri, kacang sambal, nasi lemak dan kuih-muih. Banyak kan? mak aku hanto nasi lemak dan kuih-kuih dekat kedai, so aku dapatlah jual sikit-sikit plus mak aku pun sokong..

Apa je aku tak jual. sekolah menengah aku jual juga tapi aku jual mee siput. malam-malam goreng dan bungkus mee siput. sambalnya aku buat sendiri. Arwah bapak aku rajin teman aku buat sambal dan packing mee siput.. rindu kenangan itu sebab bapak aku dah takde.. aku jenis tak suka nak cerita pasal arwah bapak  aku sebab aku tahu aku akan sedih. Bapak aku sorang yang kuat so aku kene tunjuk kuat... aku tak menagis untuk dia.. aku cuma menagis dalam hati sebab aku tak suka nak tunjuk. (eh menyimpang pulak)

Sekarang aku dok jual baju pulak. dulu ada juga jual tudung.. aku tak larat nak kejar fashion tudung yang superrr laju pluss aku malas nak pergi ambik stok sebab bila pergi je, laki aku demam depan pemborong aku tu. menyampah haha.

Baju ni mudah sikit untuk aku cari stok. alhamdulilah.. memula aku jual baju ni, aku ambik baju korea.. tapi ramai mengeluh tanya takde ke baju yang sama tapi size besar sebab mereka berbadan besar macam aku. Sekarang aku nak tumpukan untuk jual baju L-XXXL.. kalau lagi besar lagi bagus..


Cuma stok nak mendapatkan baju plusize ni sangat susah.. susah betullah. kalau ada pun, aku memang tak bagi orang mintak book sebab dari pengalaman aku berniaga online ni, 10 dari 10 orang yang book akan menghilangkan diri tanpa khabar berita. Sedihkan?? cakap beria nak, lepastu senyap. Sebab itu sekarang selagi korang tak bayar, aku berhak untuk jual pada sapa yang dah bayar dulu.. Sebab aku tak nak stok terpaksa hold untuk orang yang tak berminat untuk membeli.

Tapi aku ni baik sebab aku tak buat SENARAI HITAM untuk customer yang suka menghilangkan diri dikala step membuat bayaran ni sebab aku yakin dan pasti tak semua ada masa untuk ke bank/ada masalah lain seperti tak cukup duit atau perlu gunakan duit untuk benda lain/lain-lain masaalah. Lebih elok kalau tak jadi beli maklumkan dekat peniaga barulah peniaga rasa lega dan tak tertanya-tanya jadi boleh bagi stok dekat orang lain. kan? kan?

Selain dari itu, sebagai peniaga online, memang kene melayan customer kita dari A-Z. Kene PEKA DAN PEKA bila mereka buat pertanyaan/pembayaran dan lain-lain. Majoriti customer kurang percaya dengan peniaga online kerana takut ditipu.. 9 Dari 10 orang customer akan mintak Trac Number selepas bayaran dibuat kerana takut ditipu, dah bayar tapi peniaga tak hantar barang. Oleh itu, kene maklumkan kepada customer segala butir penghantaran termasuk khidmat dengan POSLAJU yang asik peram barang tu dan tak updated perjalanan parcel.. 

Ada customer jenis tak sabar.. PPL POS LAJU dah betul tapi persoalkan kenapa barang sampai ke sana.. sebenarnya mereka tak tahu, so kene jelaskan. Pos laju lambat pun salahkan kita.. Pos laju tak updated perjalanan parcel pun boleh buat gaduh sebab mereka ada perasaan was-was dengan kita. Jadi sebagai peniaga online ni, SABAR sangat perlu..

Selain dari tu, kene JUJUR.. JUJUR sangat penting. Barang kalau rosak jangan jual. Size kalau kata kecik jangan sebut besar, kalau belum pos jangan sebut dah pos.. kalau takde jangan janji ada.. Hari ni, sorang customer yang dah buat bayaran dekat aku, tersalah transfer duit sebab dia nak beli dekat online shop lain tapi salah number termasuk dekat akaun aku. RM125 banyak tu.. so bila mereka minta semula duit tu, kenelah pulangkan.

Internet?? boleh kata sekarang hidup aku 24jam dengan internet. telefon berbunyi masuk email tengah malam pun aku buka sebab takut sangat customer dah bayar aku tak replay.. pantang tu.. sila respon terdaya korang kalau customer dah masukkan duit.. macam aku cakap, sebagai seorang customer kita penuh was-was. Jangan buat customer kita was-was :)

Sekarang aku berangan untuk mohon 


Antara syaratnya :

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;

ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.


Tapi aku rasa tak layak sebab aku tak buat pendaftaran SSM lagi, takde akaun syarikat lagi dan yang paling penting, aku takde domain .my.. yang ada cuma .COM. aduhaii.. laman web aku sedang dalam pembinaan.. (www.pupeliyanashop.com) insyaallah aku akan gunakan web untuk memudahkan aku jual baju ni.. aku tak bagitahu laki aku ni aku buat laman web.. kalau dia tahu matilah aku sebab aku copet duit dia hahaha. 

Kawan-kawan doakan aku berjaya. aku nak berbisnes betul-betul sebab dulu aku pernah cakap pada umur aku 26 tahun aku adalah seorang bisneswoman dan ada 2 orang anak. 2 orang anak tu insyaallah 3 hari sekali aku usahakan ye hahahhahaha.




You Might Also Like

3 Komen