Periodku Malu-Malu. Deley 22 Hari

11:31 PG

Assalammualaikum w.b.t

Bila aku fikir-fikir balik kenapa period aku deley mungkin ada masalah dengan hormon dan aku baru teringat waktu aku balik kampung haritu aku ada berurut dan tukang urut tu sengkak perut aku. masa tu aku lupa sepatutnya hari aku urut tu hari aku sepatutnye period. tapi aku memang lupa sangat-sangat sebab time tu aku asik terkencing je.. bila kencing tak lawas. bila tukang urut tu urut sakit sangat-sangat plus sengkak paling sakit aku rasa. sebab sebelum ni pernah sengkak tapi tak rasa apa-apa sebab tukang urut tu kawan mak dah tua sangat-sangat mungkin tenaga pon tak sama.

Sampai kehari ni aku dah deley 22 hari. kitaran haid aku 32 hari. patutnya aku datang bulan 28 januari haritu.. ni dah 19 Februari langsung tak ada tanda-tanda nak datang. Aku dah buat upt banyak kali semuanya negatif termasuk buat scan 2 kali.. 

Selalunye bila aku nak datang bulan, bahu aku ni penuh jerawat kecik-kecik.. tu tanda nak datang bulan yang aku pasti sangat.. tapi bulan ni bahu aku ni suci murni.. yang tinggal bekas-bekas jerawat je. 

Tadi aku pergi klinik jameaton setelah disarankan oleh kawan-kawan. aku tanyalah nape jadi gini. doktor kata mungkin hormon tapi apa-apapun dia bagi ubat turun darah. aku tak nak mula-mula. lepas dia cakap ubat ni makin kuatkan rahim kalau incase aku mengandung, aku lega sikit. yelah aku kan belum ada baby. mengharap tu biasa bagi orang yang kawen dah 2 tahun macam aku tapi takde baby kan.


dr kata lepas makan ubat ni 5 hari kalau tak datang period juga tunggu 2 minggu pastu datang balik. harap-harap aku kembali oklah! tak sukalah bila hormon tonggang terbalik. penat nak fikir. hahaha.

azam aku nak turunkan berat badan, badan aku naik lagi 2 kg gara-gara balik  kampung padahal aku makan tak kuat mana pon dah sekarang...tension betul!

You Might Also Like

1 Komen