Bubur Ikan Salmon Dengan Kurma (7M++)

4:35 PTG



Hari ni aku saja nak kongsikan macam mana aku buat bubur untuk anak aku sipoteeet kim Dina Mazliza cehceh panjang nama ko dik.. Today resepi kita Bubur Ikan Salmon Dengan Kurma. Haaa gitu..


Bahan:
(7M++)
Beras 1/4 Cawan (Aku suka buat bubur anak aku banyak-banyak biar demuk)
Hirisan Salmon
Sebiji Kurma
Baby Tomato (Belah Dua)
Air
Bawang M+P untuk tumis
Butter untuk tumis (atau Unsalted butter/Minyak)


Cara:
1. Cuci Beras dan masak dengan air yang banyak sehingga menjadi bubur (biasanya aku mang buat bubur dulu waktu malam dan biarkan sejuk. Esok kita tumis darat)
2. Masukkan Butter/Minyak di dalam kuali (kuali lain bukan sama dengan bekas bubur tu) dan masukkan Hirisan Salmon. Biarkan sehingga sedikit keperangan
3. Masukkan kurma dan biarkan salmon dan kurma together dalam kuali sampai mesra kemudian masukkan Bawang M+P  tumis sampai naik bau.
4. Masukkan baby tomato, kemudian masukkan air - biar sampai supnya mengelegak kemudian masukkan bahan perasa.- Dina memang kene letak garam kalau tak, dia tak mau makan.
5. Buka api periuk bubur tadi, masukkan sup yang dah siap ke dalam bubur dan kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidang. 

p/s: untuk baby silalahhhh blander dulu.

Masa aku buat Bubur ni rituu.. dina demam, so dia tak makan banyak sangat tak macam masa aku buat pasta dia ritu. HEE.. biasalah budak demam, mood swing sangat anak ibu.

Selamat mencubaaaaaaa..

You Might Also Like

0 Komen