Cuba Ambil Angin Baru

10:11 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Setelah berfikir sehabis masak macam masak bubur dina hari-hari makan masa dan tuntut kesabaran yang tinggi. acehnyaaa.. aku buat keputusan untuk hantar juga surat pertukaran.



Pertukaran ini juga atas desakan suami aku yang asik dok bebel cakap opis aku ni tak best. Hekelehh macam dia pulak yang kerja kat sini. Aku sebenarnya suka kerja dengan agc ni sebab aku rasa dalam banyak-banyak tempat aku kerja (tak banyak mana pon), agc antara yang paling tersusun tapi biasalah bila dah dok kene baling gaya bola ni.. kita kenalah ubah angin pulak.. orang kata ambil angin baru. cukuplah 4 nak masuk 5 tahun kat agc ni dah cukup lamaletuwww..

Aku mohon Presint 3,4,5 harap-harap lekatlahhh kat P5 sebab aku nak dekat dengan rumah mama dina. Boleh gituuu kauuu.. kalau mama dina bertukar atau pindah aku pon sanggup pindah. Gile betul penangan mak-mak ni.

Ahrg sudahlah.. aku nak apply cuti g dating dengan laki aku tengok wayang nanti. Hati bungkam!

updated : 

Bertahunlah menunggu kalau dengan pengganti serentak ni adohainya pun!



You Might Also Like

0 Komen