Bubur Dina

11:11 PG

 السلام عليكم 
안녕하세요!!


Dua hari ni pengasuh aku cakap Dina tak berselera sangat makan bubur dia .Aku rasa sipotet tu dah boring dah dengan bubur yang mak dia masak. Asik bubur ayam + brokoli @ carrot. HAHAHA. Dasar betul mak kau ni dina.

Dulu dina makan bubur kosong + sayur.. Dia tak mauuu menyembur-nyembur sampaikan aku bagi dia makan biskut je.. Tapi kesian, aku cuba cari penyelesaian. Puri mang aku tak bagi sebab dina tak berapa suka juga. Menyembur-nyembur juga.

Kemudian, aku try buat bubur masak lain.. sup masak lain. Sup pulak aku tumis dan letak garam & gula. Laju dia makan.. Pastu aku try masak dua-dua tu lain, tapi bila nak bekalkan.. aku masukkan sekali. Ha yang ni sekarang dia mula boring pulak.

Ikan & ikan bilis dina tak berapa suka. Dia tak makan. agaknya bau hanyir kot. Memang banyak resepi kat internet yang dah aku google tapi nak buatnya kusssssssssss semangat malas.. Dina pulak walaupon dah nak masuk 9 bulan, 1 betuk gigi pon takdop lagi. HAHAHA.. Jadinya mang aku bland sampai lumatlah bubur dia. Sup dia pon aku blander. Gigih.. hahahaha.. 


p/s: yang ni lebih bubur dina aku tak blander dan bawa bekal g opis. hahaha

Aku sekarang ni pening kepalaaaaaaaaaaaaaaa nak bagi minah tu makan apa.. HEKHEK.. ada sesekali aku bawakan potato mash siap sup lagi ala-ala kfc tp takdelah blackpaper sos.. letak sup ayam je.. Alhamdulilah suka..

Aku nak buat pasta laki aku kata tak payahhhh. Biasalah laki aku tu mang selera kampung manjang.. Tak moohh anak dia ikut perangai bini dia yang suka makan bukan-bukan nih!..

Ape erk aku nak bagi dina makan ni.. arghhh stress fikir hahahaha.. 

You Might Also Like

0 Komen