Pon Pon.. Car Buat Kim D

4:22 PTG


 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Haloo.. ibu dan ayah belikan kita car.. pon pon.



Alahai Nurdina. Haritu aku dah bajet tak nak belikan nurdina walker ni.. Sebab apa aku tak nak belikan, sebab ramai kata bahaya dan aku pernah nampak anak sedara aku dengan jayanya tersungkur sebab naik walker ni HAHAHA.. apalagi jatuh dekat tanah benyekk.. eiiii macam salut lumpur pon ada kau..

Tapi sejak dua menjak ni, dina asik nak manjat je. Kerusi meja makan tu dia paut nak diri. Risaunya aku.. Kemudian masalah 1 lagi kalau biar dia merangkak, kus semangat, memang bilik air pon dia pergi.. So aku cakap kat laki aku, jom le bang belikan dia walker. kesian pon adooo.. kaki sibuk nak diri jeee.. Laki aku kata jom.. aku pon carilah walker kat kedai barang baby dengkil. Kedai tu banyak jual basikal, Kereta Mainan.. Macam biasalah laki aku kalau dah pandang kaler purple takde makna nak yang lain.. Aku berkenan dengan kaler pink sebab lebih safety dan macam biasaleeer mahal sikit. Tapi laki aku tak nak pandang kaler lain dahh.. So belilahhh si kepak purple ni. Ni aku nak tanya bang oii aku ke ko yang obses dengan kaler purple ni..?

Hari pertama masukkan dina dalam walker.. haha dia takut sebab bergerak-bergerak. Tapi hari kedua dah satu rumah dia round.. Tak sudah-sudah cari atok dia.. 


Tengok tu duduk depan pintu bilik atok. Alah dik.. atok dah pindahlah sopsop.. atok tak duduk dengan kita lagi dahhhhhhhhh.. 

Bila ada walker ni, senang lah sikit ku rasa. Dina ni jenis tak boleh aku jauh sikit mulaaalahhh melalak sebab atok dia dah takde kan. kalau tak dia tak de heran sangat g main dengan atok sana.. So pagi-pagi nak masak bubur, letak dia dalam walker ni.. Kul 6 pagi ko dah naik walker dik? Malam-malam nak masak pon sama.. Jadi dah ada la tukang kemas kat dapur tu. Berdentam dentum piuk mak ko, ko kerjakan ye dik. 




Ayah ko kemain suka bila ada walker ni.. senanglah kerja dia suruh jaga anak.. Atok cakap bawalah walker datang rumah atok. Nanti leh ponpon. Sebelum ni kim D pon pon dengan atok naik kerusi roda HAHA.. 

P/S: kim D baru baik demam, sambung batuk dan kahak. Aduhaiii anak

You Might Also Like

0 Komen