Warded

5:00 PTG

 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Aigo-aigo lama betul aku tak updated blog aku ni. Bukan apa.. kehadiran 2016 ni mang dimulakan dengan suatu yang menduga aku. Start aku demam-demam, batuk-batuk.. anak aku pulak dan juga suami aku. Kira satu famili tak sihat. Dina pula demam berlarutan sehingga 2 minggu hingga akhirnya kene tahan Wad.


-sian anak ibu-


Aku bebetul tak sangka sampai dina tahap kene tahan wad sebab lepas dina demam 3 hari aku pergi KK. Ambil darah.. ilek je perempuan tu tak nages.. mak dia yang takut tangan anak kene cucuk. Demam tak kebah juga. Asik on off lepas seminggu aku g KK lagi. Pengalaman pergi kecemasan 2 kali dulu sebab dina punya suhu naik tinggi membuatkan aku malas nak pergi lagi dah.. Sebab dina pon suhunya akan naik sekali je sehari. tapi sekali naik dalam 38c je.. So aku bagi ubat macam biasa dan lap-lap badan dina. Aku takde buat petua-petua orang tua sebab laki aku tu asik cakap tak payah je..

4hb feb, aku rancang nak balik kampung mertua aku tapi malam tu dina demam lagi. Kitaorang tunggu sampai dina ok 4hb tu baru gerak balik kampung itupon dah tengahari sebab kitaorang asik tangguh je. Dulu cakap dengan ayohh nak balik bulan 1 tapi atas beberapa kekangan, kami tak balik. So aku kalau boleh nak balik juga kali ni.. dina ok kami pon gerak balik kampung. Dalam perjalanan dina ok je.. tapi lepas je RNR Termerloh tak silap, dia dah mula demam balik. On off juga sepanjang perjalanan tu. Tapi perjalanan agak meletihkanlah sebab bila demam dina tak mo duk kat car seat. Nak dipeluk dipegang disayang je sepanjang jalan.

5hb pon dina masih demam. kemana-mana membawa dina yang demam dan malam tu kami pergi jumpa orang pandai untuk ambik air tawar katanya.. Kata pakcik tu dina takde apa-apa cuma panas dalam yang terlampau.. Bagi minum air yang dia bagi membuatkan kami kene stop ubat. Kata akak ipar aku takut berlaga.. Ikut hati xmo stop ubat tapi dah dia kata gitu.. Ajaibnya elok dina esoknya satu hari. 6hb tu kami jalan-jalan le jumpe kawan laki aku. Pastu balik tu dina nak susu sampai tertido. Bangun-bangun dia main-main. Mang macam dah sihat habislaaah.

Tuptup kul 9.. Ayoh dina yang keluar jumpa kawan tak balik-balik tu balik hahha.. tapi dina dah menggigil. Aku dah tak tahu nak buat apa. Suhu tinggi tapi dina menggigil.. Cuaca pulak hujan mang sejuk sampai ketulang. Sudah. aku dah gelabah.. Sebelum tu laki aku dah kene bebel dulu dahhh pasal tak balik-balik merayap aishh geramnya.. Terus kami bawa dina pergi KK.. Call Pembantu Perubatan.. diaorang suruh bawah g kecemasan sebab dah malam dan satu lagi kes dina dah demam selama dua minggu.

Pergi kecemasan kami dapat cepat masuk sebab MO kat situ suruh tipu cakap lelah.. so terus masuk kecemasan. Kene masuk air dan ubat bontot sebab suhu dah tinggi.. Terus dr cakap kene warded. Adoyai. Aku dengan pakai gedebeh tak bawa baju semua sampai ada nurse cakap awak mengandung ke? huwaa anak baru 10m LOM AGLAAAAAAH.. TAULAH GEMUK! eh sentap pulak.


Dina kene sedut.
memula tak mauuu sebab dapat mesin bising
tukar mesin yang comel ni sedut sampai tertidur
last-last dah baik tak moo dah kene sedut.


Tepat kul 2 pagi dah dapat katil kat hospital dan berkampunglah dekat spital sampai 10hb kau.. tu pon hari-hari kenyit mata kat doktor bagi balik tapi dr kat Hospital Hulu Terengganu mang tegas. Kalau takleh balik siap kene ceramah free dan kene sign surat bagai. Laki aku kata kita tunggu sampai dr bagi balik. Dr taulah apa yang elok untuk dina..


Kene masuk air..
tangan ada drip. tak gerak tangan dia macam apa je hehehe.
tapi rupanya drip dah tak elok. 
antibiotik tak masuk dengan betul sebab tu asik demam je 
kene tukar tangan sebelah lagi
sian anak ibu penuh bekas jarum.


Dina masih on off demam. Masuk air.. tidur dan melepek je dia.. asik nak peluk.. xmo makan.. makan ubat pon payah.. tp time dia sihat dia aktif. tapi bila demam balik dia tidur je. Sian anak ibu.. 1st time pengalaman dina masuk hospital kan. Kene kat kampung pulak tu. Tula haritu masa otw balik kampung.. aku asik ajak laki aku check in hotel.. haaa tuhan tahu.. dia bagi hospital terus kehkeh.


dah elok. time ni dah boleh balik. tunggu ayah datang
dina nak tidur je. nurse asik datang kejut.
marah betul dia


Masuk hospital hulu terengganu membuatkan aku niihh terus pro cakap terengganu. Bestnya.. makan sedap, nurse dan sister sangat baik.. mang best tapi tak mooolahh masuk hospital lagi. Alhamdulilah dina pon dah sihat sepenuhnya. Dah aktif dahhh.. Asik nak main je kerja diaaaa.. Dah pandai main cak-cak, dah pandai kembur baju-baju yang dilipat. HEEE~.. Alhamdulilah


You Might Also Like

0 Komen