Gabag Calmo

2:20 PTG


 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Hari ni aku merajinkan diri untuk updated blog sebab aku nak bercerita tentang beg susu. Ramai orang pelik nape aku dukung beg macam nak pergi kem Wataniah ke apa sebab beg askar pulak ai..padahal pergi office je.

Sebenarnya dah lama aku nak beli beg susu yang memudahkan aku.  Sebab aku ni pagi-pagi pergi kerja sendiri. Laki aku awal pagi dah pergi kerja. So aku kene dukung beg susu, beg aku.. beg baby lagi.Dengan nak dukung KimDina yang dah melonjong tu.. 

So aku banyak buat survey nak beli bag. 1 hari tu aku ke pumponthego putrajaya sebab nak beli beg pam susu backpack dengan harga RM61. Beria aku cakap kat laki aku sekalitu beg tu cuma drypers beg. Tapi biasalah jurujual tu ada promote beg gabag ni. Beg gabag ni mang aku tahu orang kata bagus sebab tahan lama. Buatan indonesia. Tapi aku ni nak backpack juga.Ada backpack 3 jenis. Laki aku suruh beli gabar Radja tapi entah kenapa masa tu berkenan dengan Calmo ni. Calmo ni sebenarnya ada warna lain cuma masa pergi tu ada yang ala-ala askar ni. Ait laki nak belanja rembat jelaaa.

Agak mahal bagi aku. RM169 aku takkan beli kalau laki aku tak belanja. HAHAHA.. ni aku tunjuk isi dalam beg ni :



Gabag Calmo
Agak besar


Bahagian Atas
Boleh letak pump, beg mekap, beg duit.
Ruangnya besar macam-macam boleh sumbat


Poket Belakang
Boleh letak dokumen dan laptop
Aku pernah letak laptop ok je 
cuma rasa berat sikit.


Bahagian bawah (Cooler)
Agak besar juga boleh isi 6botol susu
Tapi sebab aku jenis campak2 macam tu 
dan letak icepack banyak so penuh
Aku tak letak susu dalam peti ais 
so aku letak banyak-banyak ice pack tahan sampai balik sejuk lagi


Bagusnya gabag ni ialah tahan lama. Aku biasa letak 2 icepack dan 2 ice brick kecik-kecik rilek je sejuk sampai balik rumah. Aku mang tak letak susu kat dalam peti ais opis sebab aku kan pemalu he.. 1 je payahnya aku bawa gabag ni sebab opis aku jenis kene scan kalau nak masuk dalam, so tiap kali melalui pintu guard kene bagitahu.. NI BEG SUSU. tapi sekarang ni diaorang dah tau dan faham so diaorang senyum je..

Kepada kawan-kawan yang nak beli cooler gabag ni disarankan. Lebih elok minta reward sikit kat en suami macam aku kahkah. minta la depa belanja sekali-sekala kan.. Laki aku ada masa dia ok dia belikan.. ada masa dia punye kedekut datang.. gigit jarijelaaaa. heeee~

p/s: susu aku tak banyak dah tapi masih pikul bag pam ni.. Baru nak dapat ijazah penyusuan 22.04 ni (setahun BF) HEEEEEEEEEEE..


You Might Also Like

0 Komen