Perkembangan Diet Yang Tak Seberapa Ni..

2:02 PTG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Annyeonghasibnikka ?
Apa khabar?


Haritu beria aku dok cite aku diet. Haigo nilah dalam sejarah aku berjaya mengekalkan rekod tak makan nasi selama 42 hari tanpa gagal. Ramai cakap aku udah nampak susut. Auntie cuci pon hari-hari cakap "adik......sudah nampak kurus jugaaa" maceh auntie selalu cakap saya makin kurus. i like auntie! haha.

Tapi semenjak aku tak makan nasi ni.. berat aku takdelah beria turun. Masih 8 lagi angka depan tu.. tapi aku dapat rasa perut aku yang dulu macam perempuan mengandung 6 bulan dan susut jadi 3 bulan haha. Sekarang bila jalan-jalan masih ada lagi yang tegur.. MENGANDUNG KE? BERAPA BULAN? dan aku jawab selamba "SAYA TAK MENGANDUNG, PERUT SAYA MEMANG BESAR" sambil buat muka tak malu dan blah.. nilah aku sekarang.



nampak masih besar perut tu dan aku berazam untuk teruskan diet aku sampai aku leh turun berat badan aku ni dan dapat tukar size baju serta seluar.

Walaupun dugaan kiri kanan banyak tapi aku leh makan apa aku nak makan dan mungkin diet aku ni makan masa sebab aku ni malas nak senam.. HAHAHAHA. balik kerja asik melepek tengok cite korea.. bile ajak laki aku jogging dia kata boring jogging dengan aku sebab aku ni cepat mengah asik kene tinggal je. 

Semoga zaman aku berwajah Liyana Jasmay akan kembali hahahhaa..



gogo 화이팅!!!




또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!

You Might Also Like

0 Komen