Oh Astro!

9:44 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!


Bersempena dengan kaedah penjimatan melampau yang aku dan laki aku sedang buat sekarang sempena kilang dia potong gaji hari tu (sebab dia mc lebih daripada sebulan kerana kemalangan, kene potong RM350 sebulan sampai bulan lepas) dan sempena sekarang ni kilang laki aku tak bayar ot dan ura-ura menyatakan mereka bakal tidak membayar gaji pekerja bulan ni (aduh! STRESSS aku dibuatnya), aku cubalah untuk mengurangkan segala jenis mak nenek bil-bil utiliti yang boleh dikurangkan. Dan pada mata aku ada satu je yang mesti dikurangkan iaitu ASTRO!!!




Kenapa aku pilih astro? sebab sekarang aku bayar bil astro sebanyak RM194 sebulan. Ok sebenarnya laki aku yang bayar sebab aku bayar UNIFI je.. Tapi RM194 tu mahal mak nenek oi. Dulu takdelah pakai mahal macam ni, lepas tu kitaorang pakai super pack. time tu super pack baru RM130++ Lepastu kitaorang pakai second recoder yang tambah RM50 tu sebab tak nak gaduh-gaduh time tengok tv.. Jadilah RM180++ tapi bila astro naik rege jadi RM194 ni aku rasa cukup membazir dah.. Duduk bertiga (abg aku duduk dengan aku) tapi bayo mahal-mahal. 

So aku mulalah dok pujuk laki aku untuk terminite je astro kat dalam bilik dan kita kurangkan pakej kat depan tu maksudnya tak payahlah pakai superpack. memula dia setuju so aku pon call lah astro. Tapi astro bagitau yang astro aku tu boleh terminite dalam bilik tapi yang kat depan tu kene pakai sebulan RM100 sebab ada pakej apetah.. Laki aku tu nak sukan nak sukan nak sukan. 

Lepastu bila dia dengar astro suruh pakai RM100 keatas terus dia kata tak payah tukar pakej dan terminite dalam bilik tu. Alasan dia kalau tak ambil superpack macam rugi dan satu lagi dia tak nak gaduh dengan aku time tengok bola aku sibuk nak tengok korea la atau sebenarnya dia tak nak aku kacau dia tengok tv sebab kalau dia tengok TV, dia pandang tv tu macam nak telan sedangkan aku suka dok kacau dia. biasalah bini kalau duduk dengan laki depan tv mana nak duduk diam kejab nak bangun g kencing, kejap nak ambik air, kejab nak duduk, kejap lagi nak baring.  Pulak dapat bini yang redha je tengok iklan macam aku ni daripada alih-alih stesen lain. pantang mak nenek aku dok alih2 tv time aku tengah tengok. datang hangin aku dibuatnya.

Lagipun tv depan tu abang aku yang selalu tengok sebab dia tidur dekat sofa depan. So tak sedaplah nak cengkang mata sampai pukul 12 tengok tv sedangkan dia nak tidur depan tu.. lagi satu perangai dia ni pun dok tengok tv kerja alih je.. habis semua rancangan aku nak tengok tak tahu pucuk pangkal tahu-tahu dah THE END je..fuh!!!!

Jadi setelah penat-penat dok tepon, terangkan dekat laki aku.. keputusan yang dicapai tidak membawa apa-apa penyelesaian yang boleh kurangkan bil pun.. Haigooooooooo.. Kayalah astro.. kayalah astro..

p/s: sebenarnya aku panas hati dengan astro haritu.. ada ke dia potong astro aku sebab aku ada utang RM12. aku tak tahulak yang bil astro naik sebab aku memang setiap bulan tak dapat bil astro dah.. selalu bayar je RM185. Selalu bayar lebih juga tup2 bulan lepas aku bayar RM180 je. tup tup rupanya dah jadi RM194.. udah dia potong.. huuu astro2 senang je ko nak cari duit RM20!!!






You Might Also Like

0 Komen