Kelas Korea

8:34 PG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Annyeonghasibnikka ?
Apa khabar?


Sabtu lepas aku pergi kelas korea (penulisan) aku yang pertama kalinya dekat Pusat Pembelajaran Presint 8 tu. rupanya ramai orang lepak sana erk. lagi ada WIFI free agaknya ramai juga bebudak sekolah lepak situ.. bagus juga ada tempat macam ni.. ada library semua.. nak buat homework pon okey..

Sambung pasal kelas aku, untuk kelas pertama ni kami belajar huruf dulu. okey bab ni aku dah tahu cuma ada sesetengah benda yang aku tak tahu lagi.. so dapatlah input kat situ.. CIkgu yang mengajar nama dia cikgu Sharil.. so kalau dalam korea boleh panggil 선생님 (seonsaengnim)




Cikgu Sharil ni adalah cikgu yang digajikan oleh Perbadanan Putrajaya. so kalau ada yang berminat nak belajar korea under cikgu ni sendiri boleh cari Pusat Bahasa Hanyang dekat facebook. Tapi fee adalah berbeza dan buat masa sekarang kelas ada kat Shah Alam je kot.



Dalam gambar kat atas nampak muka 선생님sipi sipi. Cikgu ni dulu pernah belajar dekat korea selama lebih kurang 6 tahun tak silap. kerja sana kejab sebelum ke jepun untuk bekerja disana. dia boleh cakap korea, jepun dan mandrin kalau tak silap. Dia cakap korea pon laju semacam aku nak tangkap memang terkedek-kedek lagi aku jenis otak lembab dan kene buat homework sendiri la..


Dekat kelas ni, aku dapat buku Korean Made Easy ni.. buku dalam english tapi mudah difahami. Tak sure kalau kat luar ada jual ke tak. 



Untuk kelas pertama ni, agak laju cikgu ajar mungkin sebab benda basic. Kelas pulak ramai budak-budak sekolah rata-rata memang kepala laju je tangkap pulak tu budak kelas bestari yang cakap melesia pon pelat.. siap boleh cakap jepon lagi. tapi ada juga dikalangan pekerja macam aku ni. ada sorang abang tu join sebab customer dia ramai korea so dia tak bape faham korea dan bile orang korea cakap english, sendiri faham lah apa jadi kan..



gigih tak aku? cuba cari aku yang mana?


Ada akak tu nak belajar sebab husband dia pandai cakap jepun, so rasa tercabar. Ada juga kalangan pekerja awam yang join sebab nak cuba nasib mohon pertukaran ke korea. aku pulak?? ini adalah persediaan untuk aku bawa lagi aku pergi korea secara backpack..  gile tak? mau mati kutu aku kat sana. mungkin lama lagi tapi aku dah buat persediaan awal-awal ni. Lagipun tak boleh pergi sekarang sebab laki aku cakap tunggu berat aku 55KG baru leh pergi. menyampah betul aku!!!.

lagi satu, aku belajar untuk memudahkan aku layan korean drama dan nyanyi lagu korea kesukaan aku dengan lancorrr. Aku ni takdelah minat sangat KPOP tapi aku layan juga lagu-lagu TVXQ, Rain, SNSD, CNBLUE (antara yang aku minat)... aku ni suka lagu korea leleh-leleh macam dalam drama. adalah beberapa penyanyi yang aku minat macam Kim Jong Kook, ALi, Lyn, Shin Jae, Kim Tae Woo, Bobby Kim.. ada lagi yang aku tak ingat nama dia sebab aku ni jenis susah nak ingat nama HAHAHAHA..


ALAMAK! perut sakit la.. bye.. sambung nanti.. 


또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!

You Might Also Like

2 Komen