Kurus Ker?

9:50 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Ritu kalau korang baca entri blog aku ni.. kalau tak baca takpelah sopsop.. tapi kalau terbaca kat entri DIET aku ni.. Aku ada bagitahu yang aku buat cabaran 60 hari menghilangkan berat sebanyak 20kg? HAHAHA. nak tergelak. ni semua T.O.P Doom Dada punye pasal.. beria aku nak kuruskan badan lagi satu aku tercabar orang asik cakap aku GEMUK je kan!!! aku nekad habis nekad tahu nak diet ni. Setiap malam tunggu jam bila nak pagi.. bila nak pagi!! STRESS!!..

Lagi satu suami i kan dah janji kalau berat 55 kita g korea (aku rasa masa dia janji mungkin dia overdose ambil pil selsema.. atau masa tu aku cuma berkhayal sendiri atau sedang bermimipi je :( fuhh)

Ok. RESULT untuk cabaran tu.. 


Besar aku tulis GAGAL..

Dahlah curik-curik makan.. malas senam.. jogging 5 minit terus balik pergi KFC.. kerja membuta je kat rumah.. hahaha.. tapi aku happylah sebab turun juga 4-5kg macam tulah.. hilang sikit boncet perut aku!! kalau tengok gambar lama-lama malu tengok perut sendiri. Pergi mana-mana orang asik cakap aku mengandung je.. sekarang ni ada juga yang cakap aku mengandung ke, tapi rata-rata cakap aku nampak kurus termasuk makcik cleaner. kalau aku kaya, aku dah belanja makcik tu makan skyview hahahaha..

Gambar latest aku hari ni, dengan memakai baju paling malas untuk pergi kerja sebab tak payah gosok! hahahaha.. kalau korang tak nampak perubahan aku jolok mata korang kang..hehe



tang perut tu kempis tau.. tapi baju ni spoil betul dia kedepan2 pulak. saja nak caras kehenseman aku kat dalam gambar ni. lokasi peberet ambik gambo dah tentu-tentu jamban opis. banyak-banyak benda kat opis ni kalau diaorang bagi aku ambik, aku nak ambik cermin ni bawa balik umah. beso oiii. kompom tak gaduh laki bini kalau bersolek ni..

oleh sebab misi 60 hari kita gagal, kita akan jalankan misi 20 hari pulak. kali ni kita tak payah nak letak target lebih-lebih.. i target 5KG je ualss.. tak berjaya tak pe janji kita usaha kan kan kan.. misi i bermula semalam dan akan berakhir pada 10 Mei 2014. Huhuk!! semoga berjaya untuk kurus! hehehe


setiap malam aku tunggu supaya cepat siang, dan bila pagi aku tunggu supaya cepat tengahari boleh bedal ikan ke ayam ke.. bila petang aku melawan nafsu aku dengan menggigit bantal depan tv.. cepatlah kurus! hahahahaha



You Might Also Like

7 Komen