Susahnya

10:54 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!


Bila kita mengharungi kehidupan ini, ada banyak perkara yang buat kita terasa terhenti. Kalau terhenti tanpa masalah mungkin tidak mengapa. Tapi kita terhenti dikelilingi mata pisau yang tinggal tunggu masa bergerak untuk menikam kita. Waktu tidur menjadi tak enak.. Waktu mimpi dikacaui. Waktu rehat diganggu gugat dan kita hidup sambil berfikir mengapa terjadi dan tak terdaya untuk mencari jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Ianya tidak menyenang dan menenangkan.

Bila bercakap orang akan kata bersunggut. Bila diam semakin dipijak. Bila geram mampu mengumam. Bila dikata, hanya senyum. Bila menagis.. kita akan sedar ianya cuma menyakitkan diri sendiri.

Bilalah kenyataan hidup yang membebankan ini akan berakhir?
Bilakah tali pusat mengikat akan melepas?

Berikanlah kami kehidupan sendiri.. 
Benci untuk mengundang yang lain dengan masalah.
Dan berhentilah menjadi masalah.

Letih

Ya Tuhan Yang Maha Mendengar.
Aku salah asik bersungut
Aku salah terlupa bersyukur
Aku jahat selalu lari dari tanggungjawap

Tapi aku cuma insan lemah
Berikanlah aku petunjukMu..

p/s: entri ini tiada kaitan dengan kawan-kawan seantero malaysia mahupun didunia ini. 
entri ini cuma pelepas tekanan.







You Might Also Like

0 Komen