Kenduri & Bertunang
3:05 PTGالسلام عليكم
안녕하십니까 ?
Apa khabar?
Aku sebenarnya baru pulang dari cuti yang panjang. 5 hari aku bercuti campur sabtu ahad 9 hari jadinya.. Hari jumaat 21 mac hari tu aku balik ke kampung. Mak aku buat kenduri sikit untuk arwah ayah aku + kenduri doa selamat nak ke kedah menganto adik bontot (adik bongsu) aku bertunang. Bukan aku yang tunang tau sebab aku dah kawen hahaha..
So mak aku tu buatlah kenduri orang perempuan belah sabtu petang tu. Menunya penting.. mak aku buat sate, kuah kacang, lodeh, ketupat dan kuih muih. Oleh sebab aku ni mendiet.. aku cuma makan sate sikit je.. tapi aku tak leh blah betul dengan kuih koci dua jenis yang ada.. 1 kuci beras pulut biasa tu.. satu lagi kuci labu.. aduhai.. bermulalah edisi diet aku kelaut termakan berpuluh ketul kuih kuci tu.. sampai sekarang aku dendam dengan kuih kuci tu.. nape ko sedap sangat??
Esoknya hari ahad, kitaorang gerak pagi-pagi.. edisi sedih sebab laki aku tak follow kitaorang g kedah sebab takde cuti.. so kami berpecah dekat seremban.. aku naik adik aku dengan abg aku.. so mulalah perjalanan ke kedah. Hari ahad tu setakat singgah ke RNR jelah pastu terus ke sungai petani untuk tumpang tidur dekat rumah mak mertua abang aku kat Sungai Lalang tak silap aku..
dekat RNR orang lain sibuk makan nasi.. aku makan asam kundang.. sedap ooooiiiiii
tapi mahal nak mampos.. 6 biji RM8
Hari isnin pulak dari sungai petani kitaorang semua gerak ke padang besar pulak. diorang dok shoping-shoping. aku terbeli jugalah kain dengan baju tshirt.. Takdelah lama singgah pun. Mak aku sibuk nak beli toto..abang aku bising kereta penuh. jenuh nak kelentong mak aku bagi jangan beli toto... hahaha mentang-mentanglah dia dapat BRIM!
p/s: kereta depan tu kereta abg aku..
kereta lama tapi bila dia tarik..semua kereta baru tercirit-cirit nak kejoo..
lepastu terus gerak ke baling. petang juga sampai homestay tu.. petang tu kuar pekan baling cari makan. lepas makan malam tu pulak lepak-lepak dekat Hot Spring Ulu Lenggong. best juga tempat ni bayar sorang RM6 mandi la air panas tu puas-puas. kitaorang g malam la. kang g siang-siang time musim panas ni ada yang kejung kang hahaha.
Esoknya sempatlah jalan ke pekan baling sebelum hantar adik aku tu menunang.. lawa tunang dia. aku pelik bin ajaib dalam kuaga aku yang lelaki mesti kawen dengan pempuan cun-cun.. nasib laki aku si korebangla tu hensem. heheheh
Alid & Aisha
(muka adik aku macam bangla jual kapet)
Setelah bertunang maka pada hari raya ke6 tahun ni berayalah aku ke kedah lagi.. aigoooooooo cukup-cukuplah kawen dengan orang jauh (termasuk aku sendiri) huuuu jenuh nak pergi.. bile adik aku kawen ni makan tinggallah abang aku yang putus tunang tu keseorangan. mak aku beria nak carikan dia calon.. yelah mak aku dah tak larat nak tolong dia niaga.. lagipun dia dah 30an.. semoga bertemu jodoh sejati (ex tunang dia tu aku dengar cite dah ikut jantan mana tak balik umah, selisih! nasib tak jadi kawen)
hari selasa tu terus gerak balik putrajaya.. lepas tu aku sambung cuti duduk umah melepek layan korea. hari ni naik kerja huwaaaaaa terus rasa tak daya nak keje.. huhuhu.. tulah cuti lama sangat :(
또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!
0 Komen