Diet Kononnye

11:08 PG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Apa khabar?

Masih tak habis lagi cerita diet aku ni. Eh? lama betul aku tak update erk. Malas punye pasal plus sejak dua menjak ni tak tahu nak cite apa maklumlah tak banyak aktiviti macam dulu. Dulu aku rajin kejar event sana sini sekarang dah tua ni dah malas. Pulak badan besar tong deram ni nak berjalan pon berat.. Mendak je.. isi minyak kereta tak berbaloi hahaha..

Ok sejak 20hb februari haritu aku melancarkan misi TURUNKAN 20KG DALAM MASA 60 HARI.. haha sila gelak. misi mustahil ni tapi aku saja je letak 20kg tu kasi semangat sikit. Sedihnya dah 19 hari berlalu tapi aku baru turunkan 3kg je. kehkeh.. 






makanan kat atas ni kebanyakkannya hasutan kawan-kawan hahahaha. sedapnye.. sekarang aku mampu pandang je..!!!

Memula hari tu aku dok diet pisang. diet pisang ni turunlah 2 kg. Tu pon ada curi-curi makan. Haha masa ni susahnye rasa nak kawal rasa ingin makan atau bernafsu pada makanan yang tak sudah-sudah tu.. tapi aku cuba kurangkan kuantitinya haha.




Tapi lepasaku tukar diet atkins kurang pulak penurunannya..tapi ramai dah cakap aku nampak susut lagi-lagi tang perut. apa lagi kembang idung aku.. tapi tak boleh kembang-kembang sangat sebab aku takut nanti aku lupa diri.. tapi terpaksalah aku bercerai hidup dengan segala jenis nasi, mee, kuih muih mak nenek. Sekarang nampak biskut pon aku sangap. ada juga curi sekeping dua lepas tu aku bawa banyak-banyak istifar hahahaha.. Sekarang ni marilah kita makan daging ayam sayur dan minum air sampai boncettt!!!


sabtu ahad puas aku melantak salad ni.. 
nasib sedap dan boleh diterima tekak
mak aku dulu cakap aku ni demand bab sayur
sayur omputeh aku telan cuba ko bagi aku sayur kampung
kompom perut aku angin ahhahaa


kat opis aku kenelah beli makanan macam ni tak pon aku beli sup ayam
kat umah pon laki aku asik request sup ayam jeeee..


jangan lupa minum air sampai kembung


aigo semoga aku berjaya melepasi 60 hari ni.. sangap dekat nasi dah tak heran dah. tak teringin pon dah.. cepat-cepatlah aku kurus!! itu yang penting.. aku mang nak turunkan sekurang-kurangnya 20kg tau.. itu pon tak cukup lagi patutnya 35kg.. aigo kenapalah aku tak jaga berat dulu kan sekarang dah menyesal hahaha.!

p/s: laki aku dah janji kalau kurus dapat g KOREA!!!! hahahahha


또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!


You Might Also Like

2 Komen