3 Tahun Bersamamu

9:48 PG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Annyeonghasibnikka ?
Apa khabar?


Tengok tajuk mesti dah tahu kan? kalau tak tahu..tak tahulah nak cakap ahahha. Mestilah esok Ulangtahun perkahwinan aku yang ke 3. pejam celik pejam celik 3 tahun dah aku beromatekan seorang lelaki yang bernama SUAMI. acececeh..

Daisypath Anniversary tickers


Terasa macam semalam je kitaorang kawen hahaha. Macam baru semalam berkenalan dan bercinta. Dengan laki aku ni aku rasakan kitaorang bebetul bercinta masa bertunanglah sebab masa tu banyak berjumpa dan mengenali lebih dekat setelah putus sambung putus sambung. Memang banyak dugaan ditambah dengan ketidaksetiaan aku kepada dia time couple dulu HAHAHA. (YAN, Ko jelah yang tahu cite aku ni kan. hahaha)

Bertunang pon tak lama sebab famili belah laki aku kata bahaya tunang lama-lama. kalau boleh datang tunang nak nikah terus tapi aku tak moh.. mak aku pon tak moh.. Masa dok bercinta dulu famili aku cam tak leh terima laki aku ni sebab dia berasal dari pantai timur. adalah kesnya yang buat mak aku tawar hati. Masing-masing suruh putus tapi last-last mak aku kata bawalah datang jumpe kalau dia berkenan dia kata ON bolehlah tunang.


Jadikan cerita aku bawalah mamat tak malu ni pergi balik kampung kebetulan masa tu ada kenduri umah mak aku.. masa tu aku nampaklah mak aku mula suka dengan laki aku ni. laki aku ni jenis pendiam dan tak banyak cakap asik senyum je kan. lepas tu barulah aku berani bawa dia kemana-mana tapi dengan akak aku la kebanyakkannya. Kitaorang uruskan perpindahan barang-barang aku dari putrajaya ke umah mak aku dan kitaorang pergi ikut akak aku bercuti dekat mersing lepas tu.

Alhamdulilah walaupun tempoh bertunang tu aku asik nak mintak putus je sebab aku banyak masalah time tu tapi laki aku ni tetap sabo. aku dok merajuk masuk umah tutup pintu dia tunggu dekat luar umah sampai aku cool pastu kitaorang g dating balik haahaha time tu merajuk aje keje aku.. Mungkin bebenan masalah terlalu besar. Yelah time tunang tak mestinya dugaan datang dari tunang kita tapi dari banyak sudut dan alhamdulilah walaupun payah akhirnya kita kawen juga walaupun serba serbi sederhana. cukuplah sekadar termampu gitu.


kuruskan aku time tunang dulu hahahha 
lepas nak kawen terus kembang macam apa dah!!


Permulaan perkawinan yang agak payah sebab masa kitaorang kawen tu tak bajet famili akan suruh tunang kejab je. so duit pon tak berapa ada. aku pulak baru pindah umah so banyak barang umah aku aku letak dekat umah mak aku. bebel mak aku sebab barang-barang dia semua kene buang sebab nak letak barang aku yang serba serbi lengkap tu. So bila kawen aku tak de ambik semua barang tu sebab aku rasa bila barang tu dah terletak dekat situ.. biarlah habis kat situ juga. So kitaorang kayuh pelan-pelan.

Kehidupan pengantin baru yang tak ada tilam tak ada katil. Dapat tilam tapi tilam bujang. Tidur dalam keadaana bersempit memang kelakar. Tapi dapur dan barang-barang lain ada alhamdulilah. Kitaorang pindah dekat umah sewa di taman kota masai dan hidup jauhhhh sangat dari orang lain. Sebenarnya susah gile nak cari umah yang ikut selera. dapat umah mahal tapi macam reban ayam ada yang murah macam longkang pulak. terpaksalah berjauh sikit lagipulak laki aku kerja tak menentu so aku ambik keputusan untuk ulang alik g kerja dalam jarak yang jauh bagi memudahkan laki aku rempit g keje dia..

Memula aku rempit g keje tapi sebab aku takde lesen moto dan jalan Pasir gudang nak ke JB tu sangatlah bahaya, mak aku marah.. So aku naik bus. Pukul 4pagi dah bagun. laki aku hantar naik motor pergi ke tunggu bus pukul 4.50 dah naik bus dan sampai opis pukul 7.30 terus lagi kelam kelibut sebab kebiasaannya 7.45 bos dah tercongok dekat sopa suruh buka pintu bilik dia dan lampu.

Kalau laki aku kerja malam terpaksalah aku menapak pergi tunggu bus dan petang-petang pukul 7.30 sampai umah laki aku terus ambik bawa kedai makan dan makan sama-sama sebelum dia masuk kerja pukul 8 malam.

Akhirnya kitaorang buat keputusan tak dapat nak teruskan kehidupan dekat johor dan alhamdulilah laki aku dapat kerja dekat banting. Aku suruh dia pergi dulu dan berjauhan selama sebulan lebih sebelum aku dapat pindah putrajaya dan kitaorang dapat duduk sama-sama.. Dapat kuartes dan jalani hidup lebih mudah.


terima kasih nampyeon!
terima kasih suami
terima kasih sayang

Walaupun dalam dua tahun kebelakang laki aku asik kemalangan jalan raya sampai patah sana sini, orang kata rezeki tak pernah putus cuma rezeki anak belum lagi ada buat kami dan kami bersependapat mungkin kami belum bersedia dari sudut yang kami sendiri jelas.

Alhamdulilah hari esok kami bersama 3 tahun. macam tak percaya tapi itulah kehidupan. semoga kami dapat menjalani lebih banyak tahun lagi bersama.. insyaallah..



p/s: MH370 selalu menghantui mimpi aku. semoga semuanya selamat. KepadaNya juga kita berserah. Dia maha mengetahui segalanya.. 


또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!


You Might Also Like

3 Komen