Kononnya Menyambut Ulangtahun Ke 3

9:33 PG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Apa khabar?

Oleh kerana encik suami kita kerja hari-hari balik pukul 12/11 atau paling cepatpun pukul 10 malam, dapatlah menyambut ulangtahun ke3 aku dan dia semalam. Itupun sebab semalam dia tak OT sebab dah janji dengan bini dia ni nak pergi Cafee Bene sebab masa kwang so datang haritu aku punye kecewa tak dapat pergi sana macam tak boleh dihadap plus dia tak tahan nak dengar bini dia membebel agaknya HAHAHA.

Paling menyampah sebab lokasi Cafee Bene adalah SUNWAY PYRAMID. aku memang panas je kalau g sunway ni. mesti aku gaduh laki bini.. Sebab utama selalunya mencari parking!!. Paling menyampah sampai gaduh laki bini. Semalam pun gaduh juga nasib tak tahap teruk sampai tak bercakap. Biasalah laki aku kalau merajuk ke marah ke memang tak bercakap. Ko cubit mulut dia pun dia masih diam membisu. Tak faham betul aku dengan perangai dia ni.




Sampai sana je laki aku ajak makan MCD kononnye sebab dia tak nak makan nasi. tapi MCD full pulak. biasalah Sunway tu bila masanye tak ada orang? So aku hasut g pizza tak sangka lak mendapat. Biasalah bile pergi pizza takdelah aku dok order pizza sebab dah janji pada diriku sendiri diet kene teruskan hahahaha.. aku order Honey Wing. makanan wajib aku kalau g pizza. dengan sup sekali. Laki aku yang konon tak nak makan nasi tu, order nasi. Ceh!! Siap order chicken finger lagi. sedap pulak dia order.. selalu apa dia order kelaut HAHAHA..




Ni jelah yang aku mampu makan dikala berdiet ni HAHAHA... udah selesai makan kitaorang g layan MOVIE. biasalah kalau dating dengan laki aku memang akan buat kerja MALAS. Aku konon nak hasut dia belanja aku tengok TGV LUXE tapi oleh sebab kami sedang berjimat cermat nak balik kampung nak pergi kedah dikala tak gaji lagi ni terpaksalah lupakan hasrat itu.. Dapatlah tengok 300 : Rise of an Empire. Laki aku ni pon time baru lepas makan diajak tengok cite potong-potong kepala. Pulak cite tu banyak betul darah. Rasa melekat darah tu bile terpancut-pancut dari badan. Ueks.. Nasib aku tak mabuk HAHAHA. Best ke cite tu? ok kot. laki aku kata cite ni sambungan...yang pertama tu aku tak tengok pon. Yelah dulu mana aku suka tengok movie. Kawen dengan laki aku ni ha barulah jadi hantu movie, drama, segala mak nenek cerita sebab dia suka buat kerja malas haha.

Pas habis movie tu barulah kitaorang g Cafee Bene. Ya Ampun ramainya orang. 2-3 kali aku pusing-pusing sampai give up tak mau pergi dah tapi laki aku kata dah alang-alang pergi tu belilah..


Tempat duduk pulak takde.. konon nak beli bingsu tapi takleh Take Away pulak la hai.. Tension betul. sementara tunggu orang berkurang tapi tak kurang-kurang tu, kitaorang layan konsert visit malaysia kat bawah. apelah malaysia ni sikit-sikit konsert!! hahaha. Lepas tu aku belilah gelato dia 2scop buat merasa jelah...



esok-esok kita g lagi bak kata laki aku orang tengah menggila lagi. esok-esok orang boring kita pergi pulak.. yelah! yelah!!!..



p/s: ni bukan penutup aiskrim.. ni benda gegar2 kalau order siap sila ke kaunter dan ambik makanan atau minuman anda. hahahaha.. 

pastu balik kitaorang pergi makan lagi.. 

semalam asik makan je..

habis diet i HAHAHA..



또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!






You Might Also Like

1 Komen