Tragedi 19.06.2013

10:04 PTG

Assalammualaikum W.B.T


Sebulan selepas bufday aku.. tereng-tereng.. pagi tu aku pergi kerja hampir nak langgar sorang pakcik ni. berdegup jantung aku. tuptup pukul 10 pagi masa aku tengah uruskan surat keluar kat aras 8 aku dapat panggilan dari hospital. Dia tanya aku kerja ke? aku cakap ye saya kerja tapi kenapa.. rupanya laki aku dah sampai hospital dah. Rupanya pagi tu time aku dok nak rempuh pakcik tu. dia dah merempuh Alza putih juga dekat dengkil sana.. bezanya aku tak rempuh pakcik tu sebab motor dia mati.. tapi laki aku ni pulak dengan motor jerung dia tu tengah gear enam.. bam!!!!!!.. memang bodoh juga cina tu main uturn tempat yang salah. ala bukan aku tak pernah buat tapi nak uturn tu tengok-tengoklah.

Udahnye tangan laki aku terselit dekat kereta.. bahu terhempas kat jalan tar.. muka lagi sedap terkoyak kene bumbung alza tu. aduhaii... aku dapat tahu je aku terus pergi hospital. dioarang suruh tunggu. lama juga aku tunggu sampai pukul 2 aku tak tahan menunggu aku tanya macam mana laki aku baru diaorang bagi masuk tu pon sekejab. rupanya.... laki aku dah terbaring. meleleh air mata dia. 

aku tak meleleh air mata. aku bukan perempuan yang dalam drama tu lelaki nagis aku ikut nagis.tu bukan cara aku. sebab aku tahu laki aku ni anak bontot (anak bungso) kang kalau aku nagis.. makin teruk pulak dia berdrama teduhan kasih dekat situ. aku kene kuat.. sedih aku tengok. tapi nasib masa aku masuk tu bibir dan dagu dia dah kene jahit kalau tak mahu aku takut nak tengok ahhaha. lepas tu aku kene halau. hampeh betul mak guard tu.. orang lain dia bagi je tunggu aku tak dapat tunggu lagipun masa tu U.K&T ada pesakit kritikal.. kemalangan naik motor juga. bini dia ada tunggu 1 famili sama-sama dengan aku. tak tahulah kondisi suami dia. aku rasa hidup cuma agak teruklah. laki aku kata muka dia tak rupa orang dah.. kesian.

sambung balik.. laki aku tak bagi aku kuar kan tapi aku terpaksa, dah bernovel dia kat situ. takpe aku sabo tunggu sampai pukul 4, ada Mr Soma ni peguam katanya nak take over kes laki aku ni. nak claim insurans kereta cina tu sebab polis yang kawteam dengan dia tu bagitahu laki aku tak salah. so dia cakap kalau suami puan tak menang kes saya tak berani datang sambil cakap patah bahu 20k tangan 20k.eh dalam hati aku, laki aku dah patah riuk duit2 ni tak kan dapat kembalikan semua tu.. ececeh.. 

masa tu abang aku datang. dia baru balik dari balai siap lepak dengan polis cerita pasal laki aku ni. siap ambik pic moto. hailah jerung.. baru beli ko.. baru seminggu pakai dah tersadai. ekekeke.



Jerung ni beli dengan adik aku.. dia sibuk berkawasaki la.. motor kat sini tak nak pakai dah. laki aku beli terus jadi gini!. banyak picnye tapi tak larat aku nak tempek kat sini. 

lepas tu.. aku suruh abang aku dok cakap dengan peguam sebab masa ketika ini otak aku tak dapat fiikir apa-apa. makan pon tak lagi ko bayangkanlah.. 3 hari juga aku tak de selerra makan tau!... lepas tu.. dalam pukul 7 aku paksa abang aku merayu dekat guard nak tengok laki aku. guard bagi buka pintu sikit je dapatlah jengah.

pastu... aku merayu cakap laki aku tak makan lagi 1 hari.. akhirnya dapat masuk aku suapkan dia roti. tup-tup dr ortopedik, dr liyana datang cakap hero tu dah boleh balik pulak.. so balik lah... malam tu suapkan dia bubur.. dia komplen tak kenyang.

Esoknye mak aku datang, bos laki aku, kawan-kawan semua datang. aku kepenatan gile jugalah. pulak laki aku nak balik ganu hari jumaat tu. jumaat pagi aku gerak balik ganu. drive sorang-sorang sangat penat.. ko pahamlah drive bawa orang sakit kan.. takpelah dugaan untuk aku..

masa dalam perjalanan dr call suruh datang spital sebab tangan laki aku tu kene masuk plate pulak. lepas ni boleh jadi bionik man lah dia.. tapi kami teruskan perjalanan balik terengganu. hari isnin balik ke putrajaya balik.. pergi jumpe dr.. dr buat temujanji hari ni sebab laki aku masih berbelah bagi nak buat ke tak.. last2 tadi dia setuju nak oprate. yang kelakarnya semalam dia suruh abang aku belah simen dia.


Hari ni dr tengok geleng-geleng kepala terus kene simen baru. PADAN MUKA!!! hahaha. tadi dr bagitahu khamis 10 pagi kene datang spital. jumaat kene bedah. huuuuuuuuuuu.. takutnye.. 


HAHAHA. SAYA TAKUT JARUM!!
ASIK BEBEL JE DIA TAKUT JARUM

You Might Also Like

0 Komen