Jatuh Hati Dengan MK

9:12 PG

Assalammualaikum W.B.T

Lepas Furla dan Longchamp, aku jatuh hati dekat MK pulak. ada satu beg ni aku bebetul minat tapi tak beli pulak sebab aku takde bajetlah. Nak raya oiii.. Lagi satu beg Coach dengan Longchamp aku masih berbaki 1-1 tak pakai lagi T_T

Seperti biasa laki aku kata aku membazir dan kawan baikku kata aku tak humble lagi sebab pakai barang mahal. Hahaha. oiii yan aku masih seperti yang dulu cuma TERINGIN je.. tapi TERINGIN tu buat aku jadi bagholic.haha. dan pembaziran pun jadi bazirholic.

Next ni aku minat Michael Michael Kors Large Fulton Quited Satchel. Cantiknye dia. tembam!. tembam!. nasib baik aku belum minat LV, PRADA, CELINE lagi haha kalau tak botak aku botak. tak mampulah!!!! coach pon aku tak minat sebenarnya. 






Handbag FURLA aku yang fake tu dah aku jual sebab barukutahu pakai barang fake takkan sama dengan kepuasan pakai barang ori. Mahal memang mahal tapi aku ada cara.. Tak yah beli kat butikla... sedih aku beli coach RM1K dekat butik tengok dekat online cuma RM560 je orang jual. :( 

Bag MK yang aku minat ni tak tahu pulak berapa kat malaysia tapi kalau beli dekat online dapat bawah RM1K huhu. kebiasaannya aku beli bayar deposit dulu pastu barang dah sampai malaysia baru bayar separuh lagi ATAU!! kalau mahal sangat bayarlah dua 3 bulan. diorang ni boleh je buat installment tapi carilah yang leh dipercayai. 

Aku selalu beli dekat Thesupernini @ FB dia BagaholicbyIdzany ATAU dekat Princess-victoria-stylo ATAU juga dekat Lynn's Coach Collection. Semua ni kene ushar dulu kadang2 ada mahal ada murah. kalau ada kawan yang duduk obersi lagi baguslah..

Bag MK ni aku minat je beli tak kot. sebab laki aku dah ugut nak jual Coach aku:( JAHATNYE!! dia cakap lagi bulan ni tak ada peruntukan untuk aku menshopping. yelah sejak dia tak kerja ni nak berbelanja aku pun takut tapi aku beli bag ni tak mintak duit dia.. tahu2 dah beli aku tunjuklah dekat dia.. 

p/s: aku tak beli pun bag Gucci yang aku minat tu sebab...sebab.. kan aku dah kene ceramah agama depan butik gucci hahaha.

p/s: perangai pembaziran seperti ini harus dikekang.

You Might Also Like

0 Komen