Dia Pulang.........

1:42 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Setelah 5 hari 4 malam kami bercuti di spital. (amboi ko ingat duduk hotel ke jemah?) akhirnya hari ni (ISNIN 8.07.13) kami dah boleh balik..esh silap, en suami dah boleh balik. Oleh sebab kepala aku macam nak pecah magrain sudah aku MC. maaf ye kepada semua kat opis tu.. nak cakap aku kuat cuti ke kuat mc atau apa pun cakaplah.. kalau berada ditempat aku korang akan faham.. aku yang tak sakit pun terus magrain, stresst sakit badan semua jangan cakaplah.. En suami aku tu ha sebelah patah pergelangan sebelah patah bahu ko faham-faham jelah nak makan nak kencing berak apa pun aku kene bantu.. bukan aku suka-suka nak manjakan laki aku.. 

Masa kat spital ada seorang anak pakcik tu perli aku suap laki aku makan. sedih aku.. tapi peduli apa. cuba aku patahkan dua-dua tangan ko tengok ko pandai tak suap sendiri. DASAR.. 


Kurus laki aku. eeh ilusi je dia kuat makan ye walaupun sakit nasi sekali makan 2-3 pingan tapi alhamdulilah lah nak juga makan. Bil spital?? mak oi Hospital putrajaya ni memang tak mampu aku nak duduk lama-lama. Bil sahaja RM1200 belum masuk besi sedara.. Besi kat tangan dia tu RM2500..Nasib laki aku ada insurans MiCares dia guna benda tu je tapi kedekut nak mampos punye kilang dia cover sampai 6K je termasuk klinik panel. fuhhhhhhh.. fuhhhhhhhhhh kedekut!

Masa memula masuk spital tu kan DR salah masuk drip tau, habis bengkak tangan laki aku.. nurse geleng-geleng tengok tapi permintaan laki aku untuk buka jarum dilayan. suka laki aku sebab laki aku fobia jarum.. so selagi ada jarum tu selagi tu dia merayu kat nurse.


HUH.. tibe-tibe mood nak menaip larik.. dah la dulu. bye-bye

p/s: minggu ni balik terengganu lagi insyaallah..

You Might Also Like

4 Komen