Online SHOP

10:52 PG

Assalammualaikum W.B.T


Diam tak diam lama juga aku beronline shop. tapi hari ni aku tak nak cerita pasal online shop aku yang tak berapa nak berkembang tu pon. Korang ni tak nak support aku. beli baju kat butik RM300 bangga..bile aku jual RM250 ko kata mahal. ginilah kawan-kawan. HAHA

Ceritanya aku ada pengalaman dengan satu online shop ni. Sebenarnya aku dah lama nak taip dekat blog ni tapi malas menguasi diri aku. Gini.. haritu aku ada belikan barang untuk kawan aku sempena dia tunang. Barang tak murah tapi aku memang dah niat nak bagi dia fyi dia kalau ada apa-apa tak pernah lupa aku. 

Ceritanya aku ada order barang ni. lama dah.. benda dia buat sendiri so take time aku faham. aku order macam tu macam ni.. bayar nak cepat tapi dah dekat harinya tak siap-siap. aku dah cuak sebab kawan aku nak pakai untuk tunang dia tapi lagi seminggu nak tunang benda tak siap lagi. nak pos ke johor.. aku risau betul..

Rasanya aku order 2 bulan/1 bulan setengah lebih awal aku rasa benda tu boleh dia siapkan dengan cepat. tapi aku jenis beli tak suka nak paksa-paksa aku bagi masa 1 bulan juga baru aku tanya dah siap ke belum. dia senyap..

Lama pastu dia tunjuk pic yang tak sama dengan apa aku nak (dari segi warna) tapi aku tabik dengan dia sebab dia sanggup tukar dan akhirnya dia sanggup hantar ke tangan aku agar aku dapat bagi pada kawan aku masa dia tunang tu (sebelum dan boleh pakai).

Dekat sini aku nak cerita bukan dia tak bagus meniaga. ada bagusnya sebab dia sanggup tukar (tapi memang silap dia salah) cuma untuk benda-benda penting lagi-lagi untuk tunang ni, dia patutnya siapkan cepat sebagaimana janji (2 minggu)..

aku tengok hasil kerja dia sangat superb. memang aku suka.. aku pon tak rasa menyesal nak beli dengan dia lagi akan datang cuma aku perlu kuatkan kesabaran untuk menanti dalam diri aku. hahaha. 

pesan aku supaya mereka dapat mempelbagi kerja mereka dari segi masa dan layanan. produk mereka tak yah dipertikaikan memang superb!!!..

p/s: sebenarnya menjadi peniaga online sangat besar cabaran dan dugaannya..  aku ada nak  cerita pas customer memeningkan kepala tapi nantilah sebab kepala aku pening sebab perut tak makan eh! pose hahha. Selamat menjalani ibadah berpuasa :)

You Might Also Like

3 Komen