Tayar Kereta Pechah!

8:49 PTG

Assalammualaikum W.B.T


Dugaan nak raya. mentang-mentang abang jib bagi BANTUAN KEWANGAN sempena raya ni RM500... 3 kali ganda keluar duit hari ni. alkisahnye.. tayar kereta aku pecah. aku tak sure langgar apa. tapi memang kuat bunyinye.. GEDEBUK!!!! fuhhhh.. 

al  
al maklumlah tayar kereta kita ni nipis besar pulak tu, pastu sport rim pulak teruk dah bergerigi sana sini.. langgar je benda habis pecah terus terhuyung hayang :(


nasib baiklah ad yang sudi datang membantu ambik aku kat kawasan kejadian hahaa.. thanks kakak pieja ambik i :( call en suami dia tak sedar diri. kalau sedar pon dia tak leh nak datang sebab kat umah ada moto ego yang lama dah tak start dan kereta saga manual. dia tak leh bawa lagi kereta manual. 

balik tu ilek jab terus datang balik. nasib baik aku masih ingat macam mana nak bawa kereta manual hahahaha. tapi sebelum tu sebakul laki aku bagi bebelan. membebel 24jam lah dia. dia cakap aku cuailah apalah.. : ( huwaaaaaaaaaaaaaaaa orang lelaki ni kalau kita yang langgar asik bising je tapi kalau dia, mau sebakul dia salahkan orang lain.

pastu.. nasib ada abg mus datang membantu tukar tayar spare. sebenarnye ramai nak ulur bantuan tapi aku ni pemalu.. malu nak mintak tolong korang dikala bulan puasa yang mulia ini.. alhamdulilah punyai kawan-kawan yang sedia membantu :)

dah siap tukar tanya teruslah kita pergi kedai tayar. memula nak tukar 1 tapi bila tokey kata sport rim kene ketuk makan masa 2 hari terus bincang balik. bukan apa kalau dia ketuk, sementara kita nak pakai keta tu, kene lah bayar RM70 sewa sport rim. fikir-fikir dengan kondisi tayar pon dah nipis baik tukar je semua siap sport rim sebab nak tukar tayar kecik sebenarnya.

kalau ada yang kata aku membazir lantaklah sebab aku fikir masa panjang. lagipun tayar nipis dan terlalu besar sekarang agak bahaya. pakai tayar nipis dan rim 17. so kami laki bini buat keputusan untuk tukar 16 punye.. tukar la sport rim.. trend in pon dapat RM450.. kita tambahlah lagi 1537 untuk tayar 4 biji RM800.. RM1100 untuk sport rim dan lain-lain.

Setelah berbincang, aku pilih sport rim ini.. hahaha. sama pulak dengan sport rim saga blm aku. lantak lah.. laki aku plak cakap tak lawa dan ada pilihan lain tapi last-last choice yang aku suka juga.. semua nak tanya aku kan. lantak kau lah.. hahaha. so dalam keadaan terdesak ni, kitarang kongsi-kongsi duit. aku bagi 500 je (duit abg jib bagi haha) tu je aku mampu walaupun aku yang bersalah sebab pecahkan tayar tu :(




dah la benda dah jadi kan :P
so mehlah beraya dengan tayar baru..


p/s: pasni nak kene servis dua2 kereta pulak X_X


You Might Also Like

0 Komen