Aidilfitri 2013

9:30 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Aku tengok rajinnye orang lain updated blog pasal raya. tapi aku kus semangat malasnye.. Bukan malas dah kenapa tapi sejak akhir-akhir ni aku kurang main tenet, kurang ada idea nak menulis, serba serbi kurang gitu.. nak wasap pon malas.. 

Tapi ada masa free ni aku updated jab blog aku ni ha.. nak cite pasal aidilfitri kali ni. sebenarnya aku suka raya tahun ni sebab dah 2 tahun aku tak makan ketupat nasi. kalah aku raya dekat france ualls. kan dah dua tahun berturut-turut raya 1st dekat umah mak mertua aku. kat sana tak de ketupat nasi, takde rendang, takde lodeh, kuah kacang, ayam masak merah, ayam masak kicap semua takde...

Apa yang ada?? mak mertua aku selalu buat nasi dagang atau laksam tapi biasanya laksam tak sempat nak tambah dah habis. so yang ada nasi dagang. aku bukan sombong tapi perut aku yang sombong, tak berapa boleh makan pulut-pulut kalau terlebih makan memulas. ketupat sana pun pulut juga.. T_T

sambung pasal raya aku tahun ni, aku sukalah sebab dapat makan semua yang tak dapat makan tu.. tapi raya tahun ni tak seperti dirancang sebab seperti sedia maklum laki aku kemalangan so segalanya terbatas. raya tahun ni terbatas sikit tang kewangan sebab boleh pulak nak raya ni gaji laki aku socso tak bayo sebab MC takde cop spital. spital pun satu, tak cop bebetul. takpe-takpe nanti dapat banyak lega sikit.. so tahun ni banyak benda aku cut.. sebab aku kene cover banyak benda kan.. hahaha no duit raya but aku bagi juga dekat anak-anak sedara aku..

tahun ni konon-konon aku happy sebab aku dah beli baju raya cantik siap beli pesen sama dengan adik badik aku.. tapi ada 1 baju raya aku yang sumpah tak boleh dipakai. (anne! kalau ko baca entry ni, aku sedih sebab kain yang aku beli dengan ko tu tak muattttt bajunye T_T). sebenarnya aku masih sedih sebab aku sayang betul baju tu. aku suka sebenarnya tapi nak buat macam mana, tak muat.. rezeki akak aku.. dia muat hahaha (aku gemuk tapi bukan salah aku, aku dah bagi ukuran baik punye.. hahhaa)

Tahun ni tema aku laki bini ialah GREY PINK. Laki aku yang pakai grey aku ada pink-pink sikit. sempena grey ni, aku siap beli wrislet grey, handbag grey, tudung grey..all grey ualss...tapi aku tak sempat cari kasut grey T_T sebab kekangan masa. memang tak sempat nak membeli-belah dekat mall.. tapi takpe, raya tahun depan, tak payah nak pening-pening cari kasut dekat mana.. klik je Zalora Malaysia, macam-macam jenis kasut ada.. paling aku suka flat shoes..paling penting aku tak perlu keluar kesana sini, klik klik.. tunggu je abang posmen datang hantar. Mudah dan yang penting pantas, 1-3 hari dah boleh dapat kasut pilihan kita tu :) tak tunggu sekarang nak beli sekarang pon ok :) mana tahu nak pakai g openhouse kan hikhik



 Kegemaran aku : Melissa
kenapalah aku tak beli haritu :(
zalora pun ada jual tau :)


Nah ambik gambar aku laki bini. tak yah kutuk tau aku memang tak sekurus hanis zalikha atau secomel yuyu zulaikha.


aku geram dengan gambar ni sebab muka aku nampak gelap. badan aku nampak besar.. hahaha
pastu baju laki aku nampak biru... T_T

raya pertama tak ramai yang balik kampung.. mak aku dan abang aun (duduk serumah), aku dan suami, akak aku si awin dan family, abang yan dan family (tapi dia raya umah mak mertua dia dekat je dengan umah mak aku.. dia singgah jab pepagi raya tu), abang ayie dan keluarga dan adik aku yang bontot tu. sempat snap-snap tapi tak sempat nak snap gambar abang aun aku tu sebab dia penat, dia bantai tidur raya pertama tu. pastu sambung buat sate. sabojelahh.


mak aku yang gojes dengan anak bontot dia
(anak bontot - anak bongsu)

ni family akak aku awin. laki bini cikgu
ramai anak dia.. masa dia ngandung yang last,
 semua ingat aku yang mengandung sebab 
time tu aku baru bape bulan kawen hahaha pulak akak aku baru pas bersalin.
laju ko poses erk..


ni abang aku yang dok serumah dengan aku sebab bini dia keje terengganu
so dia PJJ.. tapi belum setahun dah dapat anak PJJ
alhamdulilah rezeki diaorang. diorang kawen tahun lepas.
kira aku kawen awal dari diorang.



ni abang aku yang duduk kajang
susah betul nak ambik pic anak bujang dia ni, tak serius. 
lepas kene marah baru cun hahaa.
aku paksa abang aku katup mulut dan amcam orang tahan berak pulak
haahahaha.


malam raya pertama pulak akak aku sorang lagi balik. akak anum. aku rapat dengan dia ni. dia memang selalu balik lambat sikit sebab dia dulu jaga mak mertua dia tapi mak mertua dia dah meninggal belum cukul 100hari so dia tak sampai hati nak tinggal umah raya pertama. so raya kedua dia mintak aku ambik pic dia sekeluarga. nak juga tu!


pon susah nak ambik pic akak aku ni. anak teruna dia yang sorang tu tak suka bergambar, yang sorang tu tak serius. anak dara dia pulak tengah peyed faham-faham jelah asik moody je pastu menagis sebab gaduh pasal duit raya. aissshhh

abg aku yang sulung pon balik tengahari tu so sempat ambik pic dia.


sangat susahlah nak tengok diorang ni datang lengkap 5 orang nasib baik kali ni cukup 5 orang. dapatlah ambik pic. sebenarnya ada lagi sorang selain dari abang aku yang tidur tadi tak ambik gambar iaitu abang kahar aku. dia balik raya ke 5 katanya.. aku pon tak sure... takpelah janji dia balik jumpe mak dah alhamdulilah.. dan tak kan sama seperti 5 tahun yang lalu iaitu bapak aku dah takde. Sedih juga tapi Allah lebih sayangkan dia.. kalau dia ada, umur dia dah 72 tahun.. sopsop - Al-Fatihah.

Tahun ni kitaorang tak raya mana-mana pon. lawat kubur, pergi umah atok (atok dah takde tapi ada perjumpaan keluarga belah bapak aku, tiap-tiap tahun memang ada), pastu raya 2-3 buah umah sedara terdekat je.. sebab kitaorang bukan jenis keluarga yang suka beraya ke rumah orang hari raya ni sebab mak aku kureeeng minat.. dia lebih suka menerima tetamu hahaha.

tahun ni kali ke 3 aku beraya sebagai isteri orang.. walaupun belum beraya sebagai ibu orang lagi tapi tak apa hikhik.. alhamdulilah. sederhana dan bahagia..

opps: anak bulu semua tinggal putrajaya.. nasib mereka pandai jaga diri. aku tinggalkan 5 hari. tak nak hantar boarding sebab kos tinggi (5 ekor anak kucing) dan taknak depa stress. selalu balik dari boarding mesti depa stress. aku lagi stress nak handle. hikhik












You Might Also Like

2 Komen