Balasan Email Spam Puan Norma Yang Mulia

10:02 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sekarang kerap benar aku dapat spam. today aku rajin nak balas spam-spam aku yang melacak-lacak (orang sungai lurus kata) hahaa.. antara email spam yang aku dapat adalah dari puan norma yang menggelarkan dirinya sebagai seorang insan yang mulia yang tidak dikenali . Berikut adalah email beliau :

From: Pn. Norma Syallieyana Binti Nor Najib 
<savigems@mailinfinity.com>

Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya
hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan
sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir
yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak
membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya
harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum
ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu
menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai
sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah
Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit
seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk
mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang
boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan
nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda
untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang
lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami
saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk
meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan
dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa
kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling
pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda
kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai
masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pn. Norma Syallieyana Binti Nor Najib
Reply: normasyallieyananajib@medicinachinesa.com
From: Malaysia


Dan dibawah ini adalah balasan dari aku. saja je aku dok layan-layan penyangak2 email ni. hahahaha


Kepada Puan Norma, insan mulia yang tidak dikenali (kononnya),

Saya mendapati puan kerap sangat hantar email seperti ini. Bukan saja kepada saya malahan beratus-ratus orang lagi.Pada pandangan saya penyakit puan ini memang agak merbahaya tapi setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.Boleh berusaha menggunakan apa-apa sahaja cabang perubatan yang tidak melanggar syariat kita sebagai umat islam.

Untuk membantu puan, saya adalah tidak mampu.. tidak mampu memenuhi kehendak puan itu (iaitu terpaksa membayar  berjuta-juta, puluh ribu atau ratus ribu bagi mendapatkan duit 2 juta pouns sterling - kononnya untuk kos guaman dll, yang saya kuatiri tidak pernah wujud pun kerana saya sendiri bekerja di kerajaan dan mendapati kes-kes seperti puan ini tergolong dalam kes-kes penipuan dan kebetulan saya juga adalah dikalangan orang yang hidup serba kesederhanan dan tidak memiliki wang yang banyak dan tidak mahu kerugian kerana ditipu.


Saya bukan hendak menidakkan kekayaan puan, penyakit puan atau sebagainya tapi hanya sekadar berhati-hati sebelum kerajaan saya terpaksa membuka kes saya pula untuk mendakwa puan (sekiranya menipu).


Jika puan benar-benar berhati baik saya cadangkan puan pergi sahaja menzakatkan harta puan kejalan yang benar. Banyak lagi cara yang puan boleh lakukan bagi memastikan harta puan dapat diberikan kepada yang benar-benar memerlukan seperti berhubung dengan Majlis Agama Islam (bagi tujuan zakat) atau ke Majlis Amanah Raya Berhad.


Saya pasti puan adalah seorang yang bijak pandai dapat menyelesaikan masalaah ini sebaiknya.
Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

Yang benar
Insan biasa yang belum pasti mulianya.



hahaha.. gelak guling-guling aku baca ayat aku ni entah betul entah tidak. patutnye aku maki tapi kita sebagai orang Malaysia yang kaya budi pekertinye kenelah karang karangan tahap A+ untuk menjawab email dia ni.. aish! MENIPU aje kejenye. Kes-kes gini sangat banyak dan menyusahkan orang nak tangkap-tangkap menipu. menyusahkan orang je!!

You Might Also Like

6 Komen