Doa Kalian Amat Bermakna

9:41 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Tuhan datangkan setiap kesakitan dan kesusahan itu tanpa diduga
Dan kita haruslah sabar dan tabah menghadapinya
Sesungguhnya disebalik kesusahan ada kemanisan
Disebalik kepahitan ada keindahan.

Doakan untuk suami saya
Zakaria Abd Majid
agar cepat sembuh dari kesakitan ini
Berikan mudah penawarnya
Berikan tabah pada hatinya


Patah bahu kiri dan patah pergelangan tangan kanan (kanan disimen)


Luka pada bibir dagu
patah hidung


Walaupun kita sangat berhati-hati belum tentu orang lain



orang pernah marah why beli kereta lagi satu sedangkan dah ada satu
see.. hari-hari suami pergi kerja naik motor 30 minit perjalanan
motor ni baru sangat beli dari adik.. 
dia hati-hati pun dah kata nak kena
malang tak berbau.
tapi apa kan daya dapat pakai seminggu je dah kemalangam
kebetulan kereta satu lagi di kampung
dia pergi kerja naik motor

Hospital call pukul 11. ingatkan tak ada apa-apa.
walaupun tangan mengeletar tak hingat
pergi wad kecemasan, 3 jam menunggu baru dapat jumpe dia

dia cuma menagis
dah cakap : "abang dah tak hensem lagi"

takpe sayang
tak hensem takpe janji selamat

"abang lapar, dari pagi tak dapat makan"
"ayang janganlah tinggalkan abang"

but nurse suruh keluar..menagis dia.

pukul 7 baru dapat masuk lagi merayu dekat guard.
dapat masuk pun sebab dr cakap dah boleh balik..
dapat mc 3 minggu.. nanti datang lepas 3 minggu sambung mc lagi

peguam datang.. suruh buat claim dengan insurans kereta
kerana kesalahan kereta.. Insyaallah akan kami buat

SMS bos mintak el sampai jumaat
juga cuti. alhamdulilah Dia sangat memahami suruh sokong
tak sure dapat tak untuk cuti next week sebab cuti dah tak banyak.

But sorry kene cuti juga
macam mana suami saya, sapa nak suap dia makan, cuci berak kencing dia
tangan dua2 beranduh

Semoga ada yang memahami..
Thanks Allah walaupun beri dugaan ini
Kami akan tabah dan sabar hadapinya..





You Might Also Like

8 Komen