Dah Lama Aku Tak Hapdate Blog dan Kedah Mali

11:07 PG

Assalammualaikum W.B.T


Dua menjak ni aku malas nak updated blog. kemalasan tu tak tahu berpunca dari mana. hahahha. aku dua menjak ni asik menyentap je. udahnye bile aku taip-taip dalam blog ni terus tak nak publish. Malas nak cerita banyak benda menyentap ni.. Meh la layan pic aku pergi kedah ritu. Tak banyak sebab aku pemalu kan nak bergambar ahaa.


ni anak sedara aku. Siti Nuraina namanye. zaman dia SITI memang terkenal so bersiti2lah u ye budak. dia ni badan kecik je tapi dah tingkatan 3 dah. degil mengedik merepek tapi ringan tulang.. so i sayang dia lah!


ni pulak akak aku.. dok beria nak ambik pic dengan ikan2 siap suruh aku naik shopping lagi semata-mata nak ambik pic. dia akak yang aku paling rapat n sporting. tapi sejak dah berumur 41 tahun ni dia alim dah asik bebel kat aku je. hahaha tapi dia ok dan tak kedekut. Banker dikala kesusahan ahaha.


Ni alwani anak sedara aku. anak akak aku satu lagi. pic ni aku ambik dekat homestay. aku suka jambul dia. mahal. dia suka dengar orang nyanyi kompom geleng kepala pakej dengan tangan usop wilca lagi.aku rasa masa mengandungkan dia mak dia suka tengok cite HANTU KAK LIMAH. muka potostet akak aku so aku panggil dia AWINI.. Nama mak dia AWIN hahha.


Yang gemuk ni kompom aku. saja ambik sebelah mysaga ni sebab tema biru haha. kereta biru baju biru tudung biru handbag biru.. hahhaa. but i takde spender biru ye hahaa


ni la akak aku si awin dengan anak no 1 dia AWATIF.. kalau ambik gambo mata nak pejam aje dari kecil sampai la ni. pic ni dekat lembah bujang.


saja mengedik dengan aina..
kebetulan kami dedua in purple


tu mak aku dengan alwani. susah kemain nak ambik pic mak aku ni. pemalu....
stok badan sama je anak beranak kan..
tapi anak dia dah 9 oi.. anak aku satu pon takdak!



Romantik kan abg ipar aku. tak padan umur 47. hahaha. tu abang ipar aku, abang Bain namanye. nama sebenarnye MAHMOR. ekekeke.teringat aku dengan kuih mahmor plus kuih kesukaan dia pon. dia mang romantik orangnye. untung akak aku. dua kat belakang tu aiman dan aina. kesian airee takde dalam pic ni. airee anak no 3 depa.


 

aiman sakat mak pak dia bergambo..


akhirnya ada pic kami 3 beradik perempuan
kenyataannya aku ni paling comel tapi paling gelap!


depa dekat lembah bujang


sebenarnya pergi ke kedah ni sebab nak datang majlis kenduri potong jambul dan akikah Muhammad Yussuf Husain anak abang aku dengan bini dia lah. buat dekat rumah belah sana. untung depa kawen 3 bulan bini terus mengandung. aku dah nak dekat 3 tahun tak mengandung-mengandung. tu bawah pic yussuf.



comel budaknye. kecik je. kuat minum susu.. semoga jadi anak yang soleh ye dik.. jeles cik ana tau. takpe rezeki cik ana lama lagi.. bye dik..kami dah balik dah.

p/s: aku jeles tengok orang ada anak/cerita pasal anak...aku cuma mampu cerita pasal kucing dan tak semua suka kucing.. bahkan tak nak datang umah aku kerana aku ada kucing. its ok. aku takde anak.. tapi aku yakin dan pasti rezeki Allah ada dimana-mana. aku sayang anak-anak aku. Thanks Allah untuk rezeki anak berbuluku itu.

You Might Also Like

3 Komen