Mari Meragut Rumput

10:43 PG

Assalammualaikum W.B.T

Dah 2 hari kerja aku meragut rumput dekat rumah. Hahaha. aku sekarang tengah mencuba untuk kurangkan makan lagi-lagi waktu malam. so sebelum kul 7 malam aku akan pastikan aku dah meragut rumput haha.. aku buat salad. Sedap juga makan salad ni sambil melayan korea. lagi-lagi ada lee min ho memang berselera betulah yang penting kenyang.


Gambar atas ni aku malkan semalam. aku letak kubis.. salad.. bawang (kegemaran aku), daging ayam 3 ketul aku masak takde minyak dekat kuali tu aku letak black paper je, timun jepun, sos, 1 sudu kecik mayo dengan roti gardiner wholemeal- European Cottahe Style..sedap rupanya roti tu beru pertama kami aku beli sebenarnya sebab aku ni kurang minat roti-roti bile makan macam ni alahai sedapnyeeeee. Tapi aku rasa macam over salad aku ni lantaklah aku cuma nak elak makan nasi waktu malam dan makan lebih dari kul 7 malam je.


Yang ni lama punya.. tak berapa sihat ada daging burger hahahhaha. lantak lah. tapi bila makan benda ni kenyan bebeno aku rasa. rasa penuh je perut. laki aku lak selalu dok suruh aku makan macam-macam lepastu konon nak aku diet. hampeh betul. Aku harap aku akan dapat kekal makan macam ni lepas ni. sedap ualsss. mehlah kita sama-sama meragut rumput..

You Might Also Like

3 Komen