En Suami

9:19 PG

Assalammualaikum W.B.T

Tibe-tibe nak buat entri pasal en suami kita. dah lama tak cite pasal keadaan dia sejak dia kemalangan teruk haritu. Alhamdulilah sekarang dah sihat walaupun asik dok mengadu sakit pinggang. Walaupun muka masih ada parut-parut sikit.


Ni gambar semalam konon-konon nak pergi dating. tapi dating cari case handphone je heheheh. jadiklah lepas tu singgah chatime sebab nak tengok wayang tapi full manjang je cite Thor semalam. parut kat bibir dah tak nampak sangat tapi kat dagu tu masih nampak lagi. tulang dia kat bahu pulak ok je cuba bile beli baju dah tak macam dulu nampak bahu dia pendek sebelah. hehehe. tangan pulak sejak masuk besi bile pegang rasa besi terbojol-bojol.




Sejak dah kerja ni hari-hari dia balik lambat nak cari duit lebih katanya. yelah masa dia cuti dulu kehidupan tak berapa best, banyak hutang sana sini sebab tak cukup duit. faham-faham jela masa dia sakit gaji tak dapat tapi alhamdulilah dah naik kerja baru dapat merasa duit socso tu.



dekat gambar ni boleh nampak dia punya parut dari jauh. takpelah sayang..masih hensem lagi. dulu dia merayu kat doktor jangan jahit luka dia masa exsident tu sebab takut parut dan sakit katanya. tapi doktor cakap kene jahit juga. takpe nanti jahit masih hensem lagi. tang bibir doktor pakar jahit memang lawa time kat dagu bile doktor praktikal yang jahit.. hancur lebur.. hahaha

Alhamdulilah.. walauapapun dia masih sihat walafiat.. dia masih ada disisi ini untuk menghadapi kehidupan yang panjang bersama aku. syukur sangat.  dan aku paling-paling tak sabar untuk menerima zuriat daripada lelaki manja ini.. hahah (ayat takleh blah - terlebih tengok cite korea hehe)

You Might Also Like

1 Komen